Imam al-Baihaqi 

Nama beliau ialah Abu Bakar Ahmad bin al-Husain bin Ali bin Musa al-Baihaqi an-Naisaburi al-Khusraujirdi. Al-Imam al-Hafiz al-`Allamah al-Muhaddis al-Faqih al-Usuli az-Zahid. Dinisbahkan namanya kepada ‘Baihaq’ iaitu satu perkampungan Khusraugird di hujung Naisabur, Khurasan tamadun Parsi lama. Kini kawasan tersebut adalah di bawah pemerintahan Iran. Baihaq moden disebut dengan istilah ‘Sabzevar’.  Kedudukan tempat ini adalah di timur laut Iran. 

Imam al-Baihaqi dilahirkan pada bulan Sya`ban tahun 384 Hijriyah dan meninggal dunia pada bulan Jumadil Awal 458 Hijriyah di Naisabur dan dikuburkan di Baihaq. 

Al-Hafiz al-Baihaqi ialah salah seorang ulama yang hidup dengan zuhud dan wara’ tetapi beliau sangat mementingkan ilmu dengan banyak menghafal serta menyelidik. Beliau tidak memisahkan antara hafalan dan kefahaman, tetapi beliau menjadikan kefahaman sebagai salah satu perkara yang amat penting di dalam hafalannya. 

Imam al-Baihaqi dikenali sebagai seorang ulama yang bersifat seimbang di dalam segala aspek. Beliau telah mengungguli kezuhudan di dalam ilmu, ibadah, hafalan, wara`, kritis, istiqamah dengan tawaduk, serta kuat mengulangkaji ilmu.

Beliau memulakan kembara ilmu pada usia lima belas tahun. Beliau tidak pernah menuntut ilmu di tempatnya tetapi mendapatkan ilmu di tempat-tempat lain seperti Iraq, Naisabur, Baghdad, Kufah, Mekah, Hijaz, Thobiran, dan Damighan. 

Dalam kembara tersebut, beliau mengumpulkan hadis sepertimana yang telah dilakukan oleh ulama-ulama hadis sebelumnya seperti Imam al-Bukhari dan Muslim. Lalu beliau mula dengan menulis Kitab al-Adab, dan kitab-kitab lain.

Penulisan Imam al-Baihaqi:
1.          الآداب
2.          اثبات الرؤية مخطوط
3.          اثبات عذاب القبر
4.          الخاتم
5.          حياة الأنبياء
6.          دلائل النبوة
7.          السنن الكبرى
8.          السنن الصغرى
9.          أحكام القرآن
10.      الأسماء والصفات
11.      الإعتقاد
12.      البعث والنشور
13.      الأربعون الكبرى والأربعون الصغرى
14.      الألف مسألة
15.      بيان خطأ على الشافعي
16.      تخريج أحاديث الأم
17.      الدعوات الكبير
18.      الخلافيات بين الشافعي وأبي حنيفة
19.      الزهد الكبير
20.      رسالة إلى  أبي محمد الجويني
21.      معرفة السنن والآثر
22.      القراءة خلف الإمام
23.      المدخل إلى كتاب السنن
24.      مناقب الشافعي
25.      القضاء والقدر
26.      فضائل الأوقات
27.      الجامع لشعب الإيمان

Beberapa kitab al-Imam al-Baihaqi tidak ditemui dan dianggap hilang oleh para ulama.


Pujian Ulama Terhadap Imam al-Baihaqi

Imam as-Subki berkata: “al-Imam al-Baihaqi ialah salah seorang daripada imam-imam umat Islam. Beliau menjadi pembantu menunjukkan jalan buat orang-orang beriman, dia mengajak kepada ikatan Allah yang kukuh. Beliau ialah yang amat fakih, ulama hadis yang besar, usuli yang hebat, seorang yang zuhud lagi warak, teguh pada Allah, dia bangun untuk membela mazhab secara usul dan furu`, serta gunung daripada gunung ilmu.”

Imam al-Haramain berkata: 

ما من فقيه شافعي إلا وللشافعي عليه منة إلا أبا بكر البيهقي، فإن المنة له على الشافعي لتصانيفه في نصرة مذهبه
Tidak seorang pun yang Syafi` (faqih) melainkan berhutang budi kepada asy-Syafii. Kecuali Abu Bakar al-Baihaqy kerana Asy-Syafii pula berhutang budi kepadanya di atas penulisan-penulisan beliau di dalam membela mazhabnya. 

Az-Zahabi pula berkata: 

لو شاء البيهقي أن يعمل لنفسه مذهبا يجتهد فيه لكان قادرا على ذلك لسعة علومة، ومعرفته بالاختلاف
Seandainya Al-Baihaqi mahu membuat mazhab untuk dirinya di mana dia berijtihad, nescaya dia mampu melakukannya kerana keluasan ilmu dan pengetahuannya tentang perselisihan ulama.

Kitab Syuabul Iman

Kitab Syuabul Iman atau judul asalnya ialah “al-Jami` Li Syu`abul Iman” ialah kitab yang sangat penting di dalam mengumpulkan rangkaian-rangkaian sanad dan jalan-jalan periwayatan hadis.


Sejarah penulisan Kitab Ini:

Imam Abi Abdullah al-Husain bin al-Hasan al-Halimi asy-Syafii yang meninggal pada atahun 403 Hijriyah menulis sebuah buku berjudul (المنهاج في شعب الإيمان) di dalam kitab 3 jilid. Ia adalah kitab yang agung yang mengumpulkan hukum-hakam yang banyak, persoalan-persoalan fikah dan lain-lain yang berkaitan intipati iman, tanda-tanda kiamat serta keadaan kiamat. 

Kemudian, Imam al-Baihaqi menjadikan buku tersebut lebih bernilai dengan menggunakan kaedah-kaedah ahli hadis di dalam menguatkan hujah dan perbahasan. 

Imam al-Baihaqi berkata: “Aku dapati Abu Abdullah al-Husain bin al-Hasan al-Halimi rahimnahullah waiyyahu telah menjelaskan berkaitan cabang-cabang iman di dalam penulisan buku beliau berjudul al-Minhaj. Difokuskan di dalam kitab tersebut pada hadis-hadis Rasulullah SAW tentang hakikat setiap cabang-cabang iman dan penjelasan yang diperlukan. Ia dikukuhkan dengan al-Akhbar (hadis-hadis) dan al-Asar (kisah-kisah) yang mencukupi. Lalu aku meneladani beliau di dalam pembahagian hadis-hadis kepada bab-bab. Serta aku coretkan daripada kata-kata beliau bagi menjelaskan maksud pada setiap bab. Beliau telah meringkaskan isu tersebut kepada menyebutkan kandungan (matan) hadis dan membuang rangkaian sanad bagi membolehkan menjadi ringkasan, sedangkan aku pula sepertimana (jejak langkah) para ahli hadis lebih suka menyertakan rangkaian sanad dan kisah-kisah dengan sanad-sanadnya serta meringkaskannya selagi tidak terpselubung dengan penipuan.”

Justeru itu, kita faham bahawa Imam al-Baihaqi tidak mahu memasukkan sebarang hadis palsu di dalam buku ini kerana ia mensyaratkan perkara tersebut.

Ringkasan Pengenalan Kitab

Imam Baihaqi menyusun kitab ini berdasar sebuah hadits  riwayat al-Bukhari dan Muslim. Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Zuhair bin Harb, diceritakan kepada kami oleh Jarir, daripada Suhail, daripada Abdullah bin Dinar, daripada Abi Soleh, daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

«الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ - أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ - شُعْبَةً، فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الْأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ، وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الْإِيمَانِ»
Iman terpecah kepada beberapa dan tujuh puluh – atau beberapa dan enam puluh cabang. (cabang) yang terbaik ialah ucapan Tiada Tuhan Melainkan Allah, (cabang) yang paling rendah ialah menyingkirkan sesuatu yang menyakiti (orang ramai) di atas jalan, dan malu adalah satu cabang daripada iman.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari: Bilangan 35)

Kitab karya Imam Baihaqi ini disusun kembali oleh Abu al-Ma’ali ‘Umar bin ‘Abdurrahman al-Qazwini dan ditahqiq oleh Syaikh ‘Abdul Qadir al-Arna’uth.



1.          Beriman kepada Allah ta'ala
2.          Beriman kepada para Rasul Allah 'alaihim as-salaam
3.          Beriman kepada para malaikat Allah
4.          Beriman kepada Al-Quran dan semua kitab yang terdahulu
5.          Beriman kepada qadar (ketentuan) dari Allah, yang baik mahupun yang buruk
6.          Beriman kepada hari akhir
7.          Beriman kepada kebangkitan setelah kematian
8.          Beriman bahawa manusia akan dikumpulkan (di mahsyar) setelah mereka dibangkitkan, sampai mereka dipanggil satu per satu menghadap Allah
9.          Beriman bahawa tempat tinggal kaum beriman di akhirat adalah surga, sementara tempat tinggal kaum kafir adalah neraka
10.      Beriman kepada wajibnya mahabbah (mencintai) Allah ta'ala
11.      Beriman kepada wajibnya khauf (merasa takut) kepada Allah ta'ala
12.      Beriman kepada wajibnya raja' (berharap) kepada Allah ta'ala
13.      Beriman kepada wajibnya tawakkal (bersandar) kepada Allah ta'ala
14.      Beriman kepada wajibnya mencintai Nabi shalla-llahu 'alaihi wa aalihi wasallam
15.      Beriman kepada wajibnya mengagungkan, menghormati dan memuliakan Nabi shalla-llahu 'alaihi wa aalihi wasallam
16.      Tidak rela melepas agamanya, sampai tingkatan lebih suka dilemparkan ke dalam api daripada menjadi kafir
17.      Mencari ilmu
18.      Menyebarkan ilmu
19.      Mengagungkan Al-Qur'an, iaitu dengan mempelajari, mengajarkan, memelihara batas-batas serta hukum yang ditetapkannya, memahami halal-haramnya, menghormati ahli Al-Quran dan para hafiz-nya, menangis tatkala mendengar janji dan ancaman Allah di dalamnya
20.      Bersuci
21.      Solat lima waktu
22.      Zakat
23.      Puasa
24.      I'tikaf
25.      Haji
26.      Jihad
27.      Berjaga di medan perang (ribat) di jalan Allah ta'ala
28.      Teguh menghadapi musuh dan tidak melarikan diri (desersi) dari medan perang
29.      Bagi yang mendapat ghanimah, menyerahkan seperlima darinya untuk imam dan para pejabat yang ditunjuk untuk mengumpulkannya
30.      Memerdekakan budak semata-mata mengharap wajah Allah ta'ala
31.      Menunaikan kaffarat yang wajib bagi yang melanggar hukum jinayat
32.      Memenuhi janji
33.      Menghitung-hitung nikmat Allah dan mensyukurinya
34.      Menjaga lisan dari hal-hal yang tidak ada perlunya
35.      Menjaga amanat dan menunaikannya kepada yang berhak
36.      Mengharamkan pembunuhan dan tindakan jinayat kepada siapapun
37.      Mengharamkan kemaluan dari hal terlarang dan berusaha mejaga kehormatan diri
38.      Menahan tangan dari harta (yang bukan haknya)
39.      Wajib bersikap wara' dalam hal makanan, minuman, dan menjauhi hal-hal yang tidak dihalalkan
40.      Tidak mengenakan pakaian atau menggunakan wadah-wadah yang haram atau makruh
41.      Mengharamkan permainan dan kegiatan selingan yang bertentangan dengan syari'at
42.      Berhemat dalam membelanjakan harta dan mengharamkan makan harta secara batil
43.      Meninggalkan dendam dan iri dengki
44.      Mengharamkan merusak kehormatan orang lain dan tidak menodainya dengan cara apapun
45.      Mengikhlaskan amal semata-mata untuk Allah dan tidak riya'
46.      Merasa gembira terhadap kebaikan dan sedih terhadap keburukan
47.      Mengobati setiap dosa dengan bertaubat
48.      Berkurban, termasuh kurban dalam rangkaian ibadah haji, sembelihan kurban di luar ibadah haji, dan akikah
49.      Menaati perintah
50.      Berpegang teguh terhadap apa yang dipegangi oleh jamaah kaum muslimin
51.      Menetapkan hukum diantara manusia secara adil
52.      Amar ma'ruf nahi munkar
53.      Saling menolong dalam kebajikan dan taqwa
54.      Malu
55.      Berbakti kepada kedua orang tua
56.      Menyambung tali persaudaraan (silaturrahim)
57.      Berakhlaq yang baik
58.      Berbuat ihsan kepada budak, termasuk pembantu
59.      Hak seorang majikan atas budaknya
60.      Hak anak dan keluarga
61.      Bergaul akrab dengan orang yang taat beragama, mencintai mereka, menebarkan salam kepada mereka, berjabat tangan dengan mereka, dan beragam tindakan lain yang dapat mempererat jalinan cinta kasih dengan mereka
62.      Menjawab salam
63.      Mdnjenguk orang sakit
64.      Menyalati jenazah sesama muslim
65.      Mendoakan orang yang bersin
66.      Menjauhi orang-orang kafir dan orang-orang yang suka menebar kerusakan, serta bersikap keras kepada mereka
67.      Memuliakan tetangga
68.      Memuliakan tamu
69.      Menutupi kesalahan orang-orang yang berdosa
70.      Bersabar menghadapi musibah dan segala yang menarik bagi jiwa, yakni kelezatan dan syahwat
71.      Zuhud dan pendek angan-angan
72.      Cemburu dan tidak mengizikan pergaulan bebas
73.      Berpaling dari hal yang main-main
74.      Murah hati dan dermawan
75.      Menyayangi yang lebih kecil dan menghormati yang lebih tua
76.      Mendamaikan dua orang yang bersengketa
77.      Menyayangi setiap manusia


WallahuA`lam.

Tamat.

Ustaz Syihabudin Ahmad
Editor Syariah Kemilau Publika SDN BHD
Ijazah Sarjana Muda Syariah Universiti Al-Azhar, Dumyat, Mesir

Pengajian di SurauAn-Nur,Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam.
Tarikh: 2 Mei 2015