Jika mahu cepat popular,
mudah sahaja.

❶ Jual agama dengan kepentingan dunia.
❷ Jual agama dengan kepentingan dunia.
❸ Jual agama dengan kepentingan dunia.

Katakan "Ya" kepada semua hawa nafsu manusia.
Katakan "Betul" kepada semua kejahilan nusantara.

Para ustaz yang mahu segera popular,
Jangan bantah apa-apa amalan masyarakat.
Jangan cuba membaca pandangan bertentangan.

Apabila si durjana mahu bawa amalan yang benar setelah kajian dan nukilan,
Tetapi si popular pula mahu mempertahankan adat setempat,
Maka label sahaja si durjana itu.

Pilih sahaja gelaran berikut: Wahabi, Ahbasy, Anti Mazhab, Ajaran Songsang, Anti ulama, Anti adat, Anti masyarakat, UlarMak, Tak Hormat Ulama-ulama Nusantara, 'bajet' bagus, tak belajar habis.

Atau, jika mahu lebih popular,
Label mereka dengan: KAFIR. 

Teruskan menikam orang dengan mengatakan mereka tidak berilmu,
Teruskan dengan perjuangan ikut-ikutan buta.

Teruslah angkuh dan sombong,
Seperti Dubuk, seekor haiwan liar yang memakan bangkai!

Kamu pasti berjaya menjadi ustaz popular!
Ramai orang akan menyanjung kamu.
Engkaulah perwira ASWAJA!

Tetapi.
nanti di akhirat,
Apa jawapanmu?

_________
Syihabudin Ahmad,
Sungai Buloh, Selangor. 
Nisfu Sya`ban 1436H