Para ulama bersepakat bahawa sesiapa yang tidak menghadiri solat Hari Raya, maka wajib bagi mereka bersolat Jumaat. Tetapi ulama berbeza pendapat di dalam isu kewajipan solat Jumaat setelah mendirikan solat hari raya.

Mazhab al-Hanafiyah dan al-Malikiyah: Apabila Hari Raya bertemu Hari Jumaat, maka bersolat satu sahaja, tidak mencukupi.

Ini juga pendapat Mazhab asy-Syafii, melainkan mereka meringankan hukum tersebut kepada orang yang jauh daripada masjid.

Ibnu Qudamah di dalam al-Mughni berkata:

"Mazhab Imam Ahmad: Sesiapa yang telah bersolat Hari Raya, maka gugurlah (kewajipan) Jumaat daripadanya melainkan imam. Kewajipan itu tidak gugur daripadanya melainkan tidak ada orang yang mahu bersolat Jumaat. Dikatakan terdapat dua riwayat daripada beliau di dalam isu kewajipan atas Imam."

Ibnu Taimiyah pernah ditanya tentang hal ini. Lalu beliau menjawab: Al-Hamdulillah, apabila Jumaat dan Hari Raya bertemu di dalam satu hari, maka para ulama terbahagi kepada tiga pendapat:

"Pertama: Wajib solat Jumaat keatas orang yang telah solat Hari Raya sepertimana hari Jumaat yang lain. Hujah mereka adalah umumnya dalil ke atas kewajipan solat Jumaat.

Kedua: Gugur bagi orang darat seperti al-`Awali dan asy-Syawaz. Kerana Uthman bin `Affan telah meringankan mereka pada isu meninggalkan solat Jumaat bagi orang yang telah mendirikan solat Hari Raya.

Ketiga: Ini adalah pendapat yang sahih. Sesiapa yang telah bersolat hari raya, maka gugur kewajipan solat Jumaat. Tetapi imam hendaklah mendirikan solat Jumaat jika dia mendapati ada orang yang mahu mendirikanny, atau terdapat orang yang tidak sempat solat Hari Raya. Inilah pendapat yang ma’sur daripada Nabi SAW dan para sahabat baginda, seperti Umar, Uthman, Ibnu Mas`ud, Ibnu `Abbas, Ibnu Zubair, dan lain-lain."

Kita tidak temui pendapat para sahabat yang berbeza dengan hal ini. Sedangkan pula pendapat kedua terawal pula tidak menyatakan rujukan sunnah. Rujukan sunnah menyatakan keringanan solat Jumaat.

Maksud Pertemuan Telah tercapai
     
Apabila sesorang telah bersolat hari raya, maka telah tercapai maksud pertemuan bagi umat Islam. Pendapat yang mewajibkan solat Jumaat telah menyempitkan keseronokan hari raya. Hari Jumaat adalah hari raya, maka apabila dua kewajipan dalam bentuk yang sama telah bertemu, maka ia yang pertama akan masuk dalam yang kedua. Sepertimana telah dikira berwuduk setelah mandi wajib.

Been Bazz pula berkata: “Apabila Hari Raya bertemu dengan Jumaat, maka menjadi harus bagi orang yang telah solat Hari Raya untuk solat Jumaah lalu solat Zohor sahaja. Ia sepertimana sabit daripada Nabi SAW di dalam isu ini. Baginda telah meringankan solat Jumaat bagi orang yang hadir solat Hari Raya. Baginda berkata:

قَدِ اجْتَمَعَ فِي يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ، فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ، وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ

Pada hari ini telah berkumpul dua hari raya. Maka ia telah mencukupi (kewajipan) Jumaat bagi orang yang mahu (meninggalkan solat Jumaat). Sedangkan kami pula (Rasulullah) akan bersolat Jumaat.

(HR Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud: 1073)

Tetapi jangan ditinggalkan solat Zohor. Yang terlebih baik ialah bersolat jemaah bersama orang ramai. Apabila mereka tidak solat Jumaat, maka solat sahaja Zohor. Manakala imam pula hendaklah solat Jumaat sekiranya terdapat tiga orang jemaah atau lebih termasuk dirinya. Sekiranya hanya ada seorang sahaja, maka solat Zohor sahaja.”

WallahuA`lam.