1. DEFINISI ZIKIR

Dr. Zulkifli al-Bakri memberikan beberapa maksud zikir di dalam risalah Bayan lin-Nas, siri ke 17:
1.       “Dari segi bahasa zikir bermaksud mengingati. 

2.       Sementara dari segi istilah pula zikir merupakan mengingati Allah s.w.t. bilamana dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan, perbuatan atau dengan hati.

3.       Selain itu, zikir juga dapat diertikan sebagai sebahagian daripada rangkaian iman yang diperintahkan agar kita melakukannya setiap saat. Mengingati Allah mendorongkan seseorang melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan laranganNya. Mengingati Allah adalah usaha yang berkesan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah

2. PEMBAHAGIAN ZIKIR

Zikir terbahagi kepada dua sama ada qalbi (di dalam hati) atau lisani (iaitu pada lafaz lidah). Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan, zikir yang terbaik adalah yang dilakukan bersama; hati dan lisan. Di antara zikir dengan hati dan zikir dengan lisan, zikir dengan hati adalah lebih baik.

3. ZIKIR ORANG SOLEH DAN ZIKIR ORANG MAKSIAT

Zikir orang-orang soleh adalah dengan tasbih, tahmid, takbir dan tahlil sementara zikir orang yang berpaling daripada Allah iaitu dengan nyanyian yang melalaikan, ghibah (mengumpat orang lain), namimah (mengadu domba), dan kekejian.

4. ADAB-ADAB BERZIKIR

Allah Taala berfirman di dalam ayat 205 surah al-A`raf:

Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu, Dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahNya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

Daripada ayat di atas, maka kita dapat menukilkan beberapa adab berzikir yang penting:
1.       Berzikir dengan perlahan. Ini yang dimaksudkan dengan “Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu..” perbuatan ini akan menghasilkan keikhlasan dan menjauhi riyak dan takbur.
2.       Merendah diri, patuh dan taat serta mengakui kelemahan diri agar dapat merealisasikan perhambaan diri kepada Allah serta mengiktiraf kekuasaan dan keagungan-Nya.
3.       Dilakukan dengan perasaan takut atas kekurangan diri, khuatir ibadah akan tertolak dan tidak diterima.
4.       Hendaklah bertafakur dan tumpukan perhatian kepada zikir yang dibaca. Berkata Ibnu Kathir, “Firman-Nya, ‘Dengan tidak menyaringkan suara’; beginilah zikir sewajarnya dilakukan, bukan dengan cara memanggil, dengan suara kuat mahupun keras”. (Tafsir Ibnu Kathir, 3/544)
5.       Dengan ucapan lisan dan tidak sekadar bacaan hati, sebagaimana difahami daripada firman-Nya: "Dengan tidak nyaring". Maknanya dengan bersuara tetapi tidaklah didengar orang lain.

DILAKUKAN SECARA PERLAHAN
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Musa bin Ismail, diceritakan kepada kami oleh Abdul Wahid, daripada Abi Usman, daripada Abu Musa al-Asy`ary radhiyallahuanhu, beliau berkata:
لَمَّا غَزَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْبَرَ، أَوْ قَالَ: لَمَّا تَوَجَّهَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَشْرَفَ النَّاسُ عَلَى وَادٍ، فَرَفَعُوا أَصْوَاتَهُمْ بِالتَّكْبِيرِ: اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ، إِنَّكُمْ لاَ تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلاَ غَائِبًا، إِنَّكُمْ تَدْعُونَ سَمِيعًا قَرِيبًا وَهُوَ مَعَكُمْ»
Ketika Rasulullah SAW memerangi Khaybar, atau katanya: Ketika Rasulullah SAW menuju kepadanya, orang-orang telah melihat sebuah wadi, lalu mereka mengangkat suara mereka dengan takbir; Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha illa Allah… Maka Rasulullah SAW bersabda: Kasihanilah diri kamu sekalian, sesungguhnya kamu tidak menyeru yang tuli mahupun yang ghaib, sesungguhnya kamu menyeru Yang Maha Mendengar lagi Dekat, dan Dia bersama kamu sekalian...”.
(HR al-Bukhari, di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan 4205)
Ulama termasuk Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam Majmu’Al-Fatawa menyebutkan hikmah berzikir secara perlahan:
1.       Lebih hampir kepada iman; kerana pelakunya mengetahui bahawa ALLAH Maha Mendengar apa yang perlahan dan yang disembunyikan.
2.       Lebih sopan dan beradab. Sekiranya manusia tidak mengangkat suara ketika menghadap raja atau ketua negara, sewajarnya ALLAH lebih layak untuk dihormati dan diagungkan.
3.       Lebih kepada khusyuk dan tawaduk yang menjadi asas penting dalam berzikir bahkan ia menjadi matlamat utamanya. Ini kerana zikir orang yang khusyuk dan tawaduk adalah zikir yang datang daripada isi hati dalam keadaan tunduk dan berharap.
4.       Lebih kepada ikhlas dan jauh daripada sifat riyak menunjuk-nunjuk amalan ibadah yang dilakukan.
5.       Menunjukkan betapa hampirnya hamba itu dengan ALLAH. Zikirnya bukan datang daripada orang yang menyeru dan memanggil Tuhan yang jauh. Sebaliknya ia datang daripada seorang hamba yang dapat merasakan betapa hampir Tuhannya di sisinya dengan pandangan dan penglihatan-Nya. Sebab itulah dia  berzikir secara perlahan dan rahsia.
6.       Dapat dilakukan secara berterusan kerana lidah tidak akan jemu dan badan tidak akan merasa penat.
7.       Orang yang berzikir secara perlahan akan terselamat daripada gangguan dan halangan kerana dia tidak akan mengganggu sesiapa, dan orang lain juga tidak akan terganggu dengannya. Akhirnya tidak ada sesiapa yang menyedari zikirnya kecuali ALLAH.

5. ZIKIR DENGAN MENARI
Setelah melihat kepada isu yang begitu hangat ini, kami mendapati terdapat dua pandangan dengan masing-masing berhujah. Secara ringkasnya seperti berikut.

Pertama: Haram
Antara hujah golongan ini adalah:
1.       Rasulullah SAW tidak melakukannya begitu juga secara umumnya para Sahabat tidak melakukannya.
Kaedah fekah menyebutkan:
الأَصْلُ فِي الْعِبَادَاتِ الْحَظَرُ أَوِ التَّوَقُّفُ
Maksudnya: Asal pada ibadat adalah ditegah atau tawaqquf
Maksud tawaqquf adalah terhenti kepada dalil. Jika terdapat dalil hukumnya dibolehkan. Sebaliknya jika tiada dalil, hukumnya adalah haram.
2.       Perbuatan zikir seperti ini menyeleweng kerana sifat zikir orang mukmin yang disebutkan oleh al-Quran berbeza dengan perbuatan menari. 
ª!$# tA¨tR z`|¡ômr& Ï]ƒÏptø:$# $Y6»tGÏ. $YgÎ6»t±tFB uÎT$sW¨B Ïèt±ø)s? çm÷ZÏB ߊqè=ã_ tûïÏ%©!$# šcöqt±øƒs öNåk®5u §NèO ßû,Î#s? öNèdߊqè=ã_ öNßgç/qè=è%ur 4n<Î) ̍ø.ÏŒ «!$# 4 y7Ï9ºsŒ yèd «!$# Ïöku ¾ÏmÎ/ `tB âä!$t±o 4 `tBur È@Î=ôÒムª!$# $yJsù ¼çms9 ô`ÏB >Š$yd ÇËÌÈ   
23. Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan Iaitu Kitab suci Al-Quran Yang bersamaan isi kandungannya antara satu Dengan Yang lain (tentang benarnya dan indahnya), Yang berulang-ulang (keterangannya, Dengan berbagai cara); Yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang Yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk Dengan Al-Quran itu kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa Yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya Yang salah), maka tidak ada sesiapa pun Yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadaNya.
(Surah al-Zumar: 23)

Keterangan: Ayat ini juga membantah tarian-tarian atas nama ibadah kerana ia telah menjelaskan keadaan orang Mukmin saat mendengar zikir yang disyariatkan. Keadaan orang Mukmin yang mengenal Allah SWT, yang takut kepada hukuman-Nya, ketika mendengarkan firman-Nya, janji dan ancaman-Nya, hati mereka melunak, air mata bertitisan, bergementar kulit, tampak khusyuk dan penuh ketenangan. Bukannya dalam keadaan tarian yang seperti tidak sedarkan diri.
KATA-KATA IBNU QUDAMAH:
Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi ketika ditanya dalam isu ini beliau menyatakan: “Sesungguhnya pelaku perbuatan ini bersalah, kehormatan dirinya jatuh. Orang-orang yang mengamalkan perbuatan ini secara berterusan kesaksiannya ditolak disisi syara', perkataannya tidak diterima, rentetan daripada ini, tidak diterima periwayatannya dalam hadis Rasulullah SAW, tidak diterima juga kesaksiannya dalam melihat anak bulan Ramadhan, dan tidak diterima berita-berita agama yang dibawa. Manakala keyakinan bahawa dirinya cinta pada Allah, sesungguhnya kecintaan dan ketaatan tersebut mungkin terjadi selain dari amalan ini, dan mungkin dia mempunyai hubungan dan amalan yang baik dengan Allah selain daripada situasi yang disebutkan ini.Sedangkan amalan ini merupakan satu maksiat dan permainan senda gurau, yang dikeji oleh Allah dan Rasul-Nya, dibenci pula oleh ahli ilmu dan mereka menamakan berbuatan ini sebagai bid’ah dan melarang dari berlakunya. Tidak boleh bertaqarrub dengan Allah dengan melakukan maksiat kepada-Nya, tidak boleh juga ketaatan kepada Allah terjadi dengan melakukan larangan-Nya. Barangsiapa yang menjadikan wasilah kepada Allah dengan maksiat dia patut dipulau dan dijauhkan, dan barangsiapa menjadikan permainan dan persendaan sebagai agama, mereka adalah seperti orang yang berusaha menyebarkan kerosakan diatas muka bumi, dan orang-orang yang ingin sampai kepada Allah bukan dengan cara Rasulullah SAW dan sunnahnya, maka dia sangat jauh untuk mencapai apa yang diidamkannya". (sebahagian fatwa yang mengutuk penggunaan seruling, tarian dan pendengaran muzik oleh Imam Ibnu Qudamah. Rujuk http://majles.alukah.net/t36981/)




Kedua: Harus
Mereka berhujahkan kepada maksud umum ayat dan beberapa dalil daripada hadith.
1.       Ayat 191, Surah Ali Imran dan 103 surah an-Nisa’
tûïÏ%©!$# tbrãä.õtƒ ©!$# $VJ»uŠÏ% #YŠqãèè%ur 4n?tãur öNÎgÎ/qãZã_ tbr㍤6xÿtGtƒur Îû È,ù=yz ÏNºuq»uK¡¡9$# ÇÚöF{$#ur $uZ­/u $tB |Mø)n=yz #x»yd WxÏÜ»t/ y7oY»ysö6ß $oYÉ)sù z>#xtã Í$¨Z9$# ÇÊÒÊÈ  
191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.
(Surah Ali Imran: 191)
#sŒÎ*sù ÞOçFøŠŸÒs% no4qn=¢Á9$# (#rãà2øŒ$$sù ©!$# $VJ»uŠÏ% #YŠqãèè%ur 4n?tãur öNà6Î/qãZã_ 4... ÇÊÉÌÈ  
Maksudnya: “Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.”
 (Surah Al-Nisa’: 103)

Keterangan:Ayat diatas menunjukkan keharusan berzikir di dalam apa jua keadaan. Maka menari juga termasuk di dalam ayat di atas.

Sanggahan:  Nabi dan para sahabat baginda adalah orang yang terbaik di dalam memahami ayat al-Quran. Diriwayatkan bahawa Nabi dan para sahabat berzikir ketika berdiri,duduk, berbaring untuk tidur, hendak makan, berlaku musibah, dan sebagainya. Tetapi tidak ditemui satu riwayat yang sahih menyatakan bahawa mereka melakukannya dengan menari.
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Muhammad bin Kasir, diberitakan kepada kami oleh Sufyan, daripada Mansur, daripada Ibrahim, daripada `Abidah, daripada Abdullah radhiyallahuanhu, daripada Nabi SAW, beliau bersabda:
«خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ يَجِيءُ أَقْوَامٌ تَسْبِقُ شَهَادَةُ أَحَدِهِمْ يَمِينَهُ، وَيَمِينُهُ شَهَادَتَهُ»
Sebaik-baik manusia adalah daripada kurunku (sahabat), kemudian orang yang datang selepas mereka (tabiin), kemudian orang yang datang selepas mereka (tabi` tabiin). Kemudian akan datang kelompok-kelompok yang syahadah (ikrar atau kesaksian) mereka mendahalui sumpah mereka, dan sumpah mereka mendahalui syahadah mereka.
(HR al-Bukhari, di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan 3651)

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa bahawa 3 orang sahabat telah pergi ke rumah Nabi SAW. Mereka bertanya isteri-isteri baginda tentang ibadat Rasulullah . Setelah diberitahu kepada mereka, seolah-olah mereka menganggap ibadah itu masih terlalu sedikit. Kemudian, mereka berkata (sesama mereka),
وَأَيْنَ نَحْنُ مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ،
“Di mana kita (sekiranya dibandingkan) dengan Rasulullah? Baginda telah diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.”
Lalu salah seorang daripada mereka berkata, “Adapun aku (berazam) akan berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka.” Orang kedua pula berkata, “Aku pula akan mendirikan (ibadah) pada malam hari tanpa tidur!” Yang ketiga pula berkata, “Aku pula akan menjauhkan diri daripada wanita dan tidak akan berkahwin untuk selama-lamanya!”
Apabila cerita tersebut sampai kepada Nabi SAW, Rasulullah berkata kepada mereka,
أَنْتُمُ الَّذِينَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا، أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ، لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ، وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ، وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ، فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي»
“Kamu yang berkata ini dan ini, bahawasanya aku adalah orang yang paling takutkan Allah dan yang paling bertaqwa kepadaNya berbanding kamu semua. Namun, aku berpuasa dan aku juga berbuka, aku bangun (beribadah pada malam hari) dan aku tidur, serta aku berkahwin dengan wanita. Oleh itu, sesiapa yang  bencikan sunahku (caraku), dia bukan daripada umatku.”
(HR al-Bukhari, di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan 5063)
Hadis-hadis di atas menunjukkan bahawa kefahaman tentang hakikat dan bentuk ibadah yang difahami di dalam al-Quran adalah berdasarkan kepada ajaran Nabi SAW. Selain daripada itu, ia hanya menunjukkan kebencian terhadap sunnah.
Jika ada riwayat hadis yang menunjukkan mereka menari, maka ia tidak terlepas daripada kritikan sanad dan matan. Bahkan pelbagai keganjilan ditemui daripada hadis berkenaan.
2.       Hadis Aishah
Imam Muslim bin al-Hajjaj dengan sanadnya telah meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Zuhair bin Harb, diceritakan kepada kami oleh Jarir, daripada Hisham, daripada bapanya, daripada Aishah, beliau berkata:
«جَاءَ حَبَشٌ يَزْفِنُونَ فِي يَوْمِ عِيدٍ فِي الْمَسْجِدِ، فَدَعَانِي النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَوَضَعْتُ رَأْسِي عَلَى مَنْكِبِهِ، فَجَعَلْتُ أَنْظُرُ إِلَى لَعِبِهِمْ، حَتَّى كُنْتُ أَنَا الَّتِي أَنْصَرِفُ عَنِ النَّظَرِ إِلَيْهِمْ»

Maksudnya: “Telah datang orang Habsyah dengan Yazfinun pada hari raya di dalam masjid. Lalu Nabi SAW memanggilku dan aku meletakkan kepalaku di atas bahu Baginda. Aku menonton tarian mereka sehingga aku mengalihkan pandanganku daripada mereka.”
(HR Muslim, di dalam Sahih Muslim, bilangan 892)

Keterangan: Maksud Yazfinun adalah menari-nari. Perbuatan orang Habshah itu ditonton oleh Rasulullah. Jika ia tidak boleh, maka Nabi Muhammad SAW tidak akan sekali-kali membiarkannya, pastinya baginda akan halang kerana baginda adalah seorang utusan Allah yang tidak akan menyembunyikan kebenaran.

Sanggahan: Syeikh Fuad Abdul Baqi juga menyatakan bahawa maksud Yazfinun ialah ruqas (menari). Imam an-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim menjelaskan hadis ini dengan lebih lanjut:
“Para ulama memahaminya dengan melompat-lompat dengan pedang dan bermain-main dengan senjata. Mereka (tafsir) ciri yang terdekat dengan ar-Raqish (pemain pedang) kerana banyak riwayat-riwayat yang di dalamnya (menunjukkan) mereka bermain dengan senjata mereka maka ditakwilkan kepada lafaz ini (melompat dengan pedang) supaya ia sesuai dengan seluruh riwayat.”
Bahkan, perbuatan orang Habsyah itu bukanlah satu tarian yang bersifat zikir sepertimana yang diamalkan oleh sebahagian orang sekarang ini.
 Imam Ibnu Hajar al-`Asqolani menyebutkan di dalam Fathul Bari:
"Dan telah berdalilkan satu kumpulan Sufiyah dengan hadis bab (permainan Habsyah di dalam Masjid) atas harusnya menari dan mendengar alat-alat muzik namun Jumhur Ulama' menolak dakwaan ini dengan berdalilkan terdapatnya perbezaan tujuan, kerana permainan Habsyah dengan alat-alat perang mereka adalah dengan tujuan latihan berperang maka tidak boleh dijadikan hujjah untuk menari kerana suka-suka (semata-mata) wallahua'lam."
3.       Hadis Ali
Imam Ahmad bin Hanbal dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Aswad iaitu Ibnu `Amir, diberitakan kepada kami oleh Israil, daripada Abi Ishak, daripada Hani’ bin Hani’, daripada Ali, beliau berkata:
أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَا وَجَعْفَرٌ، وَزَيْدٌ، قَالَ: فَقَالَ لِزَيْدٍ: «أَنْتَ مَوْلَايَ» فَحَجَلَ، قَالَ: وَقَالَ لِجَعْفَرٍ: «أَنْتَ أَشْبَهْتَ خَلْقِي وَخُلُقِي» ، قَالَ: فَحَجَلَ وَرَاءَ زَيْدٍ، قَالَ: وَقَالَ لِي: «أَنْتَ مِنِّي، وَأَنَا مِنْكَ» ، قَالَ: فَحَجَلْتُ وَرَاءَ جَعْفَرٍ
Maksudnya: “Aku, Ja`far dan Zaid telah datang kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah berkata kepada Zaid: “Engkau ialah pembantuku.” Lalu Zaid pun hajal. Kemudian beliau berkata pula kepada Ja`far: “Engkau sangat mirip dengan rupa dan akhlakku.” Lalu Ja`far pun hajal dibelakang Zaid. Kemudian beliau berkata kepada aku (Ali): “Engkau daripadaku dan aku daripadamu.” Kemudian aku hajal dibelakang Ja`far.
(HR Ahmad, di dalam Musnad Ahmad, bilangan 4251)

Keterangan: Al-Kattani menafsirkan perkataan (حجل) dengan menari dalam keadaan tertentu. Justeru itu, mereka telah menari di hadapan Nabi, maka ia tanda harus.

Sanggahan: Perkataan hajal hanya disebutkan di dalam rangkaian sanad di atas sahaja. Manakala rangkaian sanad yang lebih kuat daripada Imam al-Bukhari tidak menyatakan perkataan Hajal.
Dijumpai sekurang-kurangnya 2 hadis di dalam Sahih al-Bukhari yang menceritakan hadis ini. Iaitu pada hadis bernombor: 2699 dan 4251. Kedua-duanya hadis yang panjang. Lalu kami ambil ayat akhir sahaja daripada hadis ke 2699.
Imam al-Bukhari telah meriwayatkan dengan sanadnya: Diceritakan kepada kami oleh `Ubaidullah bin Musa, daripada Israil, daripada Abi Ishaq, daripada al-Barra’ bin `Azib meriwayatkan…
وَقَالَ لِعَلِيٍّ: «أَنْتَ مِنِّي وَأَنَا مِنْكَ»، وَقَالَ لِجَعْفَرٍ: «أَشْبَهْتَ خَلْقِي وَخُلُقِي»، وَقَالَ لِزَيْدٍ: «أَنْتَ أَخُونَا وَمَوْلاَنَا»
.. baginda berkata kepada Ali: Engkau daripadaku dan aku daripadamu. Kemudian baginda berkata kepada Ja`far: Engkau sangat menyerupai wajah dan akhlakku. Kemudian dia berkata kepada Zaid: Engkau adalah saudara dan pembantuku.
(HR al-Bukhari, di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan 2699)
Rangkaian sanad Hadis Ali yang mereka jadikan hujah mempunyai beberapa kecacatan. Syeikh Syuaib al-Arnaouth di dalam ulasan beliau terhadap Musnad Ahmad menyatakan kecacatan tersebut:
“Isnadnya Dhoif. Hani’ bin Hani’ telah kami nyatakan halnya pada hadis bernombor 769[1], dia tidak boleh membawakan hadis secara bersendirian. Lafaz ‘al-Hajl’ di dalam hadis ini Munkar Ghorib. Telah kami nyatakan (kandungan) hadis pada bilangan 770[2]daripada riwayatnya dan Hubairah bin Yarim secara bersama-sama, tetapi tidak terdapat lafaz ini… Maksud hajal ialah mengangkat sebelah kaki dan melompat kerana gembira. Ia boleh juga dilakukan dengan dua kaki tetapi hendaklah melompat.”
Kalaulah dikatakan bahawa hadis ini sahih sekalipun, hadis ini tetap tidak menjadi hujah kepada orang-orang yang berzikir secara menari. Lafaz hadis hanya menunjukkan bahawa sahabat-sahabat tersebut melompat kerana terlalu gembira mendengar pujian Rasulullah s.a.w kepada mereka. Melompat gembira dengan cara begini sememangnya harus di sisi syara' selagi tidak mengurangkan adab seorang muslim. Jadi, dimanakah hujahnya bahawa boleh berzikir secara menari atau berjoget?

4.       Atsar
Selain itu, diriwayatkan oleh Abu Naim, daripada al-Fudhail bin ‘Iyadh RH berkata:
كان أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا ذكروا الله تعالى تمايلوا يمينا وشـمالا كما يتـمايل الشـجر في يوم الريح العاصف إلى إمام ثم إلى وراء.
Maksudnya: “Bahawa sahabat Rasulullah SAW ketika berzikir bergoyang-goyang ke kanan dan ke kiri seperti mana pokok bergoyang ditiup angin kencang ke hadapan kemudian ke belakang.” (al-Tartib al-Idariyah, Abd al-Hayy al-Kattani, 2/134)
Sanggahan: Mereka menggunakan perkataan tamayul yang memberi maksud menggoyangkan atau melenggokkan sedikit badan. Ia bukanlah seperti menari.
Kami juga berpendapat, maksud gerakan yang diharuskan itu hanya gerakan yang kecil atau sedikit seperti kepala dihayun ke hadapan dan ke belakang atau ke kiri dan ke kanan sepertimana yang dilakukan oleh seseorang ketika asyik berzikir. Maka, ini tidak menjadi masalah dan dibolehkan.
PENDAPAT LEBIH KUAT
Setelah dijelaskan hujah dan sanggahan di atas, maka disimpulkan bahawa pendapat yang menyatakan bahawa zikir menari adalah bidaah dan tidak ada keharusannya di dalam agama adalah lebih kuat. WallahuA`lam.



[1]Disebutkan pada bilangan berkenaan: An-Nasai menyatakan Hani’ bin hani’ sebagai “Laisa bihi ba’s”, Ibnu Madini: Dia majhul. Asy-Syafii: Hani’ bin Hani’ tidak dikenali. Para ahli ilmu hadis tidak menyandarkan hadisnya kerana keadaannya yang tidak dikenali.
[2]Lafaznya sama seperti hadis sahih al-Bukhari bilangan 2699