Setelah Dr Sa`id al-Hawary menjelaskan pendapat Syiah, Mu'tazilah, at-Taftazani, al-`Asyairah, al Mawardy, al Baghdady dan lain-lain.

Akhirnya Dr. memilih untuk mengambil pendapat yang terkeluar daripada pendapat utama Asyairah. Beliau mengambil pendapat al Mawardy yang menurutnya lebih kuat. Bahkan beliau menkritik pendapat majoriti ulama Asyairah di dalam hal tersebut.

Al Mawardy menyatakan bahawa Rasul ialah orang yang diberikan syariat baharu, bersama-samanya ada kitab. Atau sekurang-kurangnya ada sedikit perubahan daripada syariat rasul sebelum itu. Manakala Nabi pula ditugaskan untuk menguatkan syariat rasul sebelumnya.

Sedangkan menurut Asyairah, Rasul ialah orang yang diwahyukan dengan sesuatu syariat dan diwajibkan untuk menyampaikannya. Manakala Nabi pula boleh jadi diperintahkan untuk menyampaikan atau tidak diperintahkan. Itu juga yang biasa kita dengar.

{Belajar Sesuatu}

Demikianlah yang saya fahami daripada manhaj Universiti Al Azhar. Ia membuka perbahasan yang meluas di dalam bidang ilmu. Ia membahaskan setiap pandangan sama ada yang disukai atau tidak. Daripada aliran yang sama atau berbeza. Kemudian ia dinilai semula dengan neraca ilmu.

Universiti al Azhar tidak mengajar kita untuk taqlid membuta tuli. Ia mengajar kita untuk menjadi seorang ilmuan yang rasional dan berilmu.

Maka, para pelajar Universiti al Azhar hendaklah mendalami ilmu-ilmu di sana dengan lumat. Biar singkat tetapi berkat. Jangan lama tetapi membuang masa.

Al Azhar adalah nama besar yang mengumpulkan para ulama. Ramai pelajar al-Azhar yang malas ke kuliah dan lebih mementingkan internet di rumah. Hanya ke kuliah untuk mengambil peperiksaan. Muqarar juga minta orang catatkan. Ini adalah satu kerugian yang menjadi penyesalan ‘abang dan kakak-kakak’ graduan. Pelajar baharu perlu sedar tentang hakikat ini.

Ambillah ilmu daripada ulama-ulama di sana. Jangan hanya bersangkut pada pengajian ustaz-ustaz daripada Indonesia dan tempatan sahaja. Kemudian pulang ke Malaysia dengan ilmu yang padat lalu perbaikilah kesilapan-kesilapan kami di sini.

Semoga Allah berkati kalian dengan ilmu dan amal.


((Gambar ini daripada kitab kuliah syariah, subjek Aqidah tahun 2 Universiti al-Azhar cawangan Dumyat, Mesir. Ia menjelaskan perbahasan ilmu Kalam pada isu kenabian dan hari kebangkitan.))