Universiti al-Azhar mahu melahirkan ulama yang benar-benar progresif. Justeru itu pelbagai program dilaksanakan. Imtihan Qobul adalah salah satu daripada agenda pendidikan baru Universiti al-Azhar.

Tidak lulus imtihan qobul tidak bermakna mereka sangat teruk. Tetapi ia adalah langkah awal untuk mereka mengenali dunia ilmu di Universiti al-Azhar.

Tetapi mereka akan jadi sangat teruk apabila setiap tahun tidak lulus. Mereka benar-benar tidak mengenali diri atau tidak mahu berubah.

Jadi, bila masuk universiti nanti, jangan pula jadi 'balok liat'. Belajar dan menuntutlah ilmu di Universiti al-Azhar disamping pengajian yang ada di sekitarnya.

Nanti pulang ke Malaysia, bawalah bersama-sama ilmu yang sarat dan padat supaya ia menjadi sumbangan kepada masyarakat di Malaysia. Jangan gemar bermegah dengan gelaran "Azhari" semata-mata.

Biar al-Azhar menumpang nama anda,
Jangan anda menumpang nama al-Azhar.

WallahuA`lam. 

_______________
Syihabudin Ahmad,
Graduan Universiti al-Azhar, Mesir.