Ramai orang berbicara berkaitan kompleks Darul Hadis yang bakal didirikan di Pulau Pinang. Secara peribadi, saya mengenali Ustaz Mohamad Hanif Haron​ ketika di Mesir lagi.

Bahkan lebih penting, beliau adalah guru yang membimbing saya di dalam dunia penulisan karya Ilmiah, ketika itu beliau ialah Pengerusi Felo MANHAL PMRAM (Markaz/Pusat Pengumpulan Kajian dan Penyelidikan). Saya pula adalah sebahagian daripada ahli MANHAL.

Beliau menkritik hebat bagi kajian saya berjudul: "AQIDAH SESAT DALAM MAZHAB SYIAH". Lalu dengan kritikan beliau, saya menulis pula kajian berjudul: "ULASAN TOKOH AL-AZHAR TENTANG SYIAH".

Sebahagian orang pernah dilabel dengan suatu label. Lalu mereka ambil kisah dengan perbuatan orang yang melabel sehingga timbul sangka buruk. Akhirnya dengan sangka buruk itu mereka menisbahkan jahat bagi kebanyakkan perkara yang mereka tidak tahu.

Semoga Allah Taala ampunkan kesalahan kita.

Daripada sudut penyebaran hadis palsu pula, kesilapan hendaklah ditegur dan orang yang belajar hadis hendaklah ikhlas di dalam sudut keilmuan menerima teguran. Kesilapan boleh berlaku kepada siapa sahaja, termasuk saya. Apa yang membezakan orang baik dan orang jahat ialah berubah setelah tahu silap.

Saya yakin dan percaya bahawa hasrat Ustaz Hanif dan rakan-rakan adalah baik. Tindakan mereka juga baik. Cuma ada sedikit kekurangan yang perlu ditampung. Itu adalah isu biasa bagi orang yang memulakan kerja kebaikan.

Tambahan: Menjemput Ustaz Zainul Asri adalah suatu fitnah yang besar kepada Darul Hadis. Pelbagai dakwaan yang pelik-pelik terbit daripda lidahnya. Isu ramalan angka 13, Nabi SAW berdarah putih, Nabi Adam turun di gunung Jerai dan sebagainya adalah sesuatu perkara yang membawa fitnah kepada agama. Mohon Ustaz Mohd Hanif mempertimbangkan beliau daripada dijemput ke pusat pengjian Darul Hadis Pulau Pinang. 

WallahuA`lam.

Rujuk kajian saya:

1. Aqidah Sesat Mazhab Syiah: http://www.ustazusa.com/2010/11/aqidah-sesat-dalam-mazhab-syiah.html

2. Ulasan Tokoh al-Azhar Tentang Syiah: http://www.ustazusa.com/2010/11/ulasan-tokoh-al-azhar-tentang-syiah.html