Mandi – Hukum dan Jenis-jenisnya

Pengertian:

·         Dari sudut bahasa Arab: Mengalirkan air kepada apa-apa sahaja.
·         Dari sudut Syara’ pula:  Mengalirkan air ke atas badan dengan niat tertentu.

Pensyariatan:

Mandi telah disyariatkan sama ada dengan tujuan kebersihan, mengangkat hadas,  serta sama ada ia menjadi syarat sah ibadat ataupun tidak. Dalil pensyariatannya terdapat di dalam al-Qurān, al-Sunnah dan al-Ijmā`.

Al-Qurān:

Ia mempunyai banyak ayat. Salah satu daripadanya ialah firman Allah:

4 ¨bÎ) ©!$# =Ïtä tûüÎ/º§q­G9$# =Ïtäur šúï̍ÎdgsÜtFßJø9$# ÇËËËÈ  

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

(Al-Baqarah: 222)

Ertinya, Allah suka kepada orang yang bersih daripada hadas dan kotoran, sama ada zahir (al-Mādiyyah) ataupun batin (al-Ma`nawiyyah).

Al-Sunnah:

Ia mempunyai banyak hadis. Salah satu daripadanya ialah hadis yang direkodkan oleh al-Bukhāri (85) dan Muslim (849), daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:

حَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ، أَنْ يَغْتَسِلَ فِي كُلِّ سَبْعَةِ أَيَّامٍ يَوْمًا يَغْسِلُ فِيهِ رَأْسَهُ وَجَسَدَهُ
Setiap muslim mesti mandi sekali dalam tujuh hari dengan membasuh kepala dan tubuh badannya.

Di dalam riwayat Muslim ditambah (حق لله)“sebagai kewajipan kepada Allah”.

Maksud hak di sini ialah sesuatu yang tidak boleh ditinggalkan oleh seorang muslim. Ulama’ menyatakan bahawa mandi sekali dalam seminggu itu adalah pada hari Jumaat. Dalil yang lebih lanjut akan dijelaskan kemudian di dalam babnya, InsyāAllah!

Al-Ijmā`:

Ulama’ mujtahid sepakat menyatakan bahawa mandi kerana kebersihan adalah sunat (Mustahab), manakala mandi yang menjadi syarat sah ibadah adalah wajib. Tiada perbezaan pendapat ulama’ dalam hal ini.

Hikmah Pensyariatan

Mandi mempunyai hukum yang banyak dan faedah yang pelbagai. Antaranya ialah:

Mendapat pahala.

Mandi mengikut pengertian syara` adalah suatu ibadah. Hal ini kerana melaksanakan perintah syariat dan beramal dengan hukumnya. Ia diberikan pahala yang besar. Oleh itu Rasulullah SAW bersabda:

الطُّهُورُ شَطْرُ الْإِيمَانِ

Bersuci adalah sebahagian daripada iman.
(HR Muslim: 222)

Maksudnya ialah setengahnya atau sebahagian daripadanya. Bersuci di sini termasuk wuduk dan mandi.

Menghasilkan Kebersihan

Apabila seseorang muslim mandi, ia telah membersihkan dirinya daripada kotoran yang terkena padanya, apa-apa kotoran yang melekat atau peluh yang keluar daripada tubuhnya. Tubuh badan yang bersih ini boleh menghindari diri daripada kuman-kuman yang menyebabkan penyakit. Tubuh badan pula akan berbau wangi sehingga menimbulkan kemesraan dan kasih sayang sesama manusia.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari (861) dan Muslim (847) lafaznya daripada Muslim menyebutkan satu hadis daripada Aisyah bahawa dia berkata:

كَانَ النَّاسُ أَهْلَ عَمَلٍ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ كُفَاةٌ، فَكَانُوا يَكُونُ لَهُمْ تَفَلٌ، فَقِيلَ لَهُمْ: «لَوِ اغْتَسَلْتُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ

Orang ramai bekerja dan tidak mempunyai pembatu. Sehingga badan mereka berbau busuk. Lalu dikatakan kepada mereka: Elok kamu mandi pada hari Jumaat.”

Di dalam riwayat yang lain daripada mereka berdua juga, Rasulullah SAW bersabda:

لَوْ أَنَّكُمْ تَطَهَّرْتُمْ لِيَوْمِكُمْ هَذَا

Eloklah kamu bersuci pada hari ini (Jumaat).

(كُفَاةٌ) : Orang yang membantu di dalam kerja seperti khadam atau pekerja yang diupah.
(تَفَلٌ) : Bau yang tidak disukai.

Menghasilkan kecergasan

Mandi boleh menjadikan tubuh badan cergas dan aktif, hilang rasa lesu dan malas terutamanya selepas berlaku sebab-sebab yang mewajibkan seperti  persetubuhan yang akan dijelaskan kemudian.

Jenis-jenis Mandi

Mandi terbahi kepada dua jenis: Mandi Wajib (Ghaslu Mafrūḍ) dan Mandi Sunat (Ghaslu Mandūb).

Pertama: Mandi Wajib (Ghaslu Mafrūḍ)

Mandi wajib ialah mandi yang tidak sah ibadat tanpanya, sekiranya terdapat sebab-sebab yang mewajibkannya. Sebab-sebabnya ialah: al-Janābah, Haid (al-Haīḍ), bersalin (al-Wilādah) dan mati (maūt).

Al-Janābah

Pengertian:

Makna asal al-Janābah ialah jauh. Sebagaimana firman Allah:

( ôNuŽÝÇt7sù ¾ÏmÎ/ `tã 5=ãZã_ öNèdur Ÿw šcrããèô±o ÇÊÊÈ  
 (maka pergilah ia) lalu dilihatnya dari jauh sedang orang ramai tidak menyedarinya.
(Al-Qaṣaṣ: 11)

Al-Janābah juga disandarkan kepada air mani yang terpancut sepertimana ia disandarkan kepada persetubuhan.

Oleh itu, orang yang berjunub ialah orang yang tidak suci disebabkan keluar mani atau kerana persetubuhan. Ia dinamakan seperti itu kerana janābah mengakibatkan ia jauh daripada kemampuan melaksanakan solat selagimana ia berada dalam keadaan berkenaan.

Perkataan junub digunakan secara umum sama ada untuk lelaki atau perempuan, sama ada seorang ataupun ramai. Jika seorang lelaki ia dikatakan Junub, Jika seorang perempuan ia dikatakan Junub, Jika seorang ia dikatakan Junub, Jika ramai ia dikatakan Junub.

Sebab-sebab Janābah:

Air mani keluar sama ada daripada lelaki atau wanita dalam apa-apa sebab sekalipun. Sama ada ia keluar kerana mimpi, bercumbuan, melihat seseorang dengan berahi, atau berfikir (berkhayal).

Daripada Ummu Salamah katanya:

جَاءَتْ أُمُّ سُلَيْمٍ امْرَأَةُ أَبِي طَلْحَةَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ: إِنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَحْيِي مِنَ الحَقِّ، هَلْ عَلَى المَرْأَةِ مِنْ غُسْلٍ إِذَا هِيَ احْتَلَمَتْ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «نَعَمْ إِذَا رَأَتِ المَاءَ»

Ummu Sulaim isteri Abu Ṭalhah berjumpa Nabi SAW lalu bertanya: “Wahai rasulullah! Sesungguhnya Allah tidak malu pada kebenaran. Adakah wanita juga wajib mandi apabila dia mimpi (bersetubuh)?” Lantas Rasulullah menjawab: “Ya, sekiranya dia melihat adanya air(mani).”

(HR al-Bukhāri: 278, dan Muslim: 313)

Diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan lain-lain, daripada Aisyah katanya:

سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الرَّجُلِ يَجِدُ الْبَلَلَ وَلَا يَذْكُرُ احْتِلَامًا. قَالَ: «يَغْتَسِلُ»، وَعَنِ الرَّجُلِ يَرَى أَنَّهُ قَدْ احْتَلَمَ وَلَا يَجِدُ الْبَلَلَ. قَالَ: «لَا غُسْلَ عَلَيْهِ» فَقَالَتْ: أُمُّ سُلَيْمٍ الْمَرْأَةُ تَرَى ذَلِكَ أَعَلَيْهَا غُسْلٌ؟ قَالَ: «نَعَمْ. إِنَّمَا النِّسَاءُ شَقَائِقُ الرِّجَالِ»

Rasulullah SAW ditanya tentang seorang lelaki yang mendapati dirinya basah tetapi tidak ingat mimpinya. Lantas nabi berkata: Dia hendaklah mandi. Baginda juga ditanya tentang keadaan seorang lelaki yang bermimpi (setubuh) tetapi tidak mendapati apa-apa kebasahan. Nabi menjawab: Dia tidak wajib mandi. Kemudian Ummu Sulaim pula bertanya: Jika peremuan bermimpi demikian, adakah dia wajib mandi? Baginda menjawab: Ya. Wanita adalah saudara bagi lelaki.

Maksud saudara kepada lelaki ialah kejadian dan tabiat perempuan adalah setara dengan lelaki. Ini seolah-olah dia sebahagian daripadanya.

Bersetubuh sekalipun tidak keluar mani.

Ini berdasarkan kepada hadis riwayat al-Bukhāri (287) dan Muslim (348), daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW katanya:

«إِذَا جَلَسَ بَيْنَ شُعَبِهَا الْأَرْبَعِ ثُمَّ جَهَدَهَا، فَقَدْ وَجَبَ عَلَيْهِ الْغُسْلُ» وَفِي رواية مسلم وَإِنْ لَمْ يُنْزِلْ

Apabila dia berada di antara kedua-dua peha dan betis (perempuan) kemudian menyetubuhinya maka wajib baginya mandi. Di dalam riwayat Muslim “Sekalipun tidak keluar mani”

(شُعَبِهَا) : Jama` kepada Syu`bah. Iaitu satu bahagian daripada sesuatu. Maksudnya ialah peha dan betis wanita.

(جَهَدَهَا) : Kerja keras dengan pergerakannya.

Di dalam riwayat Muslim (349), daripada Aisyah, Rasulullah bersabda:

وَمَسَّ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ

Apabila bertemu dua alat kelamin maka telah wajib mandi.

Maksudnya ialah kepada lelaki dan wanita yang berkongsi sebab yang mewajibkan mandi.

Al-Khitān: Tempat khatan ketika kecil. Iaitu kulit yang menutupi kepada zakar. Maksud sentuhan dua khitan: Mereka menghadapinya, ia adalah kinayah terhadap persetubuhan.

Perkara Yang Diharamkan Ketika Janabah

Perkara-perkara berikut diharamkan ketika berjunub:

Solat Fardhu atau Sunat

Allah berfirman:

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãYtB#uä Ÿw (#qç/tø)s? no4qn=¢Á9$# óOçFRr&ur 3t»s3ß 4Ó®Lym (#qßJn=÷ès? $tB tbqä9qà)s? Ÿwur $·7ãYã_ žwÎ) ̍Î/$tã @@Î6y 4Ó®Lym (#qè=Å¡tFøós? 4 ... ÇÍÌÈ  
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa Yang kamu katakan. dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci.

(An-Nisā’: 43)

Maksud solat dalam ayat ini ialah tempatnya kerana orang yang hanya melintas tidak berada di dalam solat. Ia juga adalah larangan solat kepada orang yang berjunub pada bāb al-Aūlā.

Diriwayatkan oleh Muslim (224) dan lain-lain, daripada Ibnu Umar katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

لَا تُقْبَلُ صَلَاةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ

Tidak diterima solat tanpa bersuci.

Suci yang dimaksudkan merangkumi suci daripada hadas serta janabah. Hadis ini juga menunjukkan haram mengerjakan solat sekiranya berhadas dan berjunub.

Berhenti atau duduk di dalam masjid

Melintas di dalam masjid tanpa berhenti atau berulang-alik hukumnya tidak haram (harus). Ini berdasarkan firman Allah:
Ÿwur $·7ãYã_ žwÎ) ̍Î/$tã @@Î6y... ÇÍÌÈ  

...sedang kamu Dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja –

(An-Nisā’: 43)

Ertinya janganlah kamu mengerjakan siolat dan jangan berada di tempatnya (di dalam masjid) sekiranya berjunub kecuali lalu dan melintas sahaja.

Rasulullah bersabda:

لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلَا جُنُبٍ

Aku tidak menghalalkan masjid bagi orang yang berhaid dan junub.

(HR Abu Daud: 232)

Maksud tidak menghalalkan di dalam hadis ini ialah tidak boleh berhenti di dalam masjid sebagaimana yang difahami daripada ayat al-Quran. Nanti kita akan bincangkan pula di dalam isu haidh.

Tawaf mengelilingi Kaabah sama ada fardhu atau sunnah.

Ini kerana tawaf sama hukumnya dengan solat. Sebab itu disyaratkan bersuci dahulu sebagaimana ibadah solat. Rasulullah SAW bersabda:

الطَّوَافُ بِالْبَيْتِ صَلَاةٌ إِلَّا أَنَّ اللَّهَ أَحَلَّ لَكُمْ فِيهِ الْكَلَامَ، فَمَنْ يَتَكَلَّمُ فَلَا يَتَكَلَّمُ إِلَّا بِخَيْرٍ

Tawaf di Baitullah merupakan solat, tetapi Allah menghalalkan kamu bercakap-cakap dalam tawaf. Sesiapa yang bercakap hendaklah bercakap yang baik-baik.

(HR al-Hakim, 1/459. Beliau berkata: Ṣahih al-Isnād)

Membaca al-Quran

Rasulullah bersabda:

لَا تَقْرَأِ الحَائِضُ وَلَا الجُنُبُ شَيئًا مِنَ القُرْآنِ

Orang yang haiḍ dan junub jangan membaca suatu apaun daripada al-Quran.

(HR At-Tirmizī: 131, dan lain-lain)

Perhatian:

Orang yang berjunub harus baginya membaca ( امرار القران في قلبه) di dalam hati tanpa melafazkannya sepertimana harus baginya melihat al-Quran. Harus membaca (قراءة) zikir-zikir daripada al-Quran dengan niat zikir, bukan bermaksud membaca al-Quran. Seperti dia membaca dengan niat doa:

!$oY­/u $oYÏ?#uä Îû $u÷R9$# ZpuZ|¡ym Îûur ÍotÅzFy$# ZpuZ|¡ym $oYÏ%ur z>#xtã Í$¨Z9$# ÇËÉÊÈ  

"Wahai Tuhan kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka".

(Al-Baqarah: 201)

Demikian juga dia membaca ayat berikut ketika menaiki kenderaan dengan niat zikir bukan niat membaca al-Quran:

z`»ysö6ß Ï%©!$# t¤y $oYs9 #x»yd $tBur $¨Zà2 ¼çms9 tûüÏR̍ø)ãB ÇÊÌÈ  

Maha suci Tuhan Yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang Kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya –

(Al-Zukhruf: 13)

Menyentuh al-Quran, membawanya atau memegang kertasnya atau kulitnya, atau membawanya di dalam beg pkastik atau peti simpanan.

Allah berfirman:

žw ÿ¼çm¡yJtƒ žwÎ) tbr㍣gsÜßJø9$# ÇÐÒÈ  

79. Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk Yang diakui bersih Suci;

(Al-Waqi`ah: 79)

Nabi SAW bersabda:

لَا يَمَسّ القُرآنَ اِلَّا طَاهِرٌ

Tidak boleh menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci.

(HR Ad-Daruquthni: 1/121, dan Malik di dalam Muwatto’ secara Mursal: 1/199)

Perhatian:

Harus bagi orang yang berjunub yang membawa al-quran bersama barang-barang lain atau pakaian. Dan tidak bertujuan membawa al-Quran semaa-mata. Begitu juga harus membawa kitab tafsir al-Quran sekiranya kandungan tafsir lebih banyak daripadanya kerana perbuatan ini tidak dikatakan membawa al-Quran pada urufnya.