Ucapan Perasmian Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohd Al Bakri.
Program Muzakarah Pemegang Tauliah Mengajar Wilayah Persekutuan siri 3/2015.
Tarikh: 16 November 2015.
Lokasi: Masjid Imam asy-Syafii, Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Kita berhasrat Islam disebarkan justeru itu kita berikan tauliah kepada yang layak. Lalu kita berikan berdasarkan kebolehan selepas temuduga. Maka saya mahu disebarkan ilmu di masjid-masjid Wilayah Persekutuan. Lebih banyak mengajar lebih baik. Biar sama-sama kita mengimarahkan surau dan masjid. Jika berkemampuan 50 kali sehari termasuk Kuliah Subuh, Dhuha, Zohor, Asar, Maghrib dan Insyak, dipersilakan.

Wilayah Persekutuan merupakan tempat tumpuan orang baik-baik daripada Kuala Berang, Grik, Perlis, termasuklah daripada yang jauh-jauh seperti Gua Musang, semuanya datang. Mereka ini bukan orang biasa, memegang jawatan besar dalam kerajaan, tokoh koprat dan mempunyai jawatan lebih daripada orang kampung mereka. Lalu mereka memerlukan kepada pengisian.

Diberi tauliah? Ya, tetapi mesti juga memperbanyakkan ilmu. Termasuk salah satu jalannya ialah program muzakarah yang dianjurkan ini bagi memantapkan ilmu. Bagi menapis lesen untuk mengajar dan gunakan dengan baik.

1) Kenapa Perlu Tauliah?


Ada orang tanya mengapa perlunya tauliah? Jawapannya kerana, ada tauliah pun sudah banyak ajaran sesat. Kalau tiada, bagaimana? Ada Millah Ibrahim, ajaran Haji Kahar dan sebagainya. Pernah dahulu saya pergi berceramah di penjara. Lalu warden penjara bertanya, “Dato mahu jumpa nabi? Rasanya dia juga ada ketika Dato berikan ceramah tadi”. Lalu dia bawakan saya berjumpa dengan Kahar. Ketika jumpa Kahar, dia kata “Saya sudah bertaubat.” Maka saya tidak melepaskan peluang untuk memberikan dakwah kepadanya.

Dalil pemberian tauliah:

Apabila Nabi nak hantar Muaz ke Yaman. Nabi tanya, bagaimana kamu nak menghukum? Maka Muaz Menjawab Kitab Allah.. dan seterusnya.[1]

Hasan al Basri (lahir 21H). Sebahagian riwayat menyatakan Saidina Umar memberikan namanya Hasan[2]. Antara doa yang didoakan kepadanya ialah “Ya Allah semoga dia menjadi ikutan makhluk.”

Allah kurniakan Hasan al Basri dengan kebijaksanaan. Dalam usia 20 tahun dia boleh berkhutbah di masjid. Suatu hari Saidina Ali berjumpa beliau. Lalu Saidina Ali bertanya. Apakah yang memberikan kebaikan kepada agama dan apa yang merosakkan agama? Dia menjawab Warak menjadi sebab agama jadi baik, dan rosak agama sebab tamak. Kemudian saidina Ali berkata, "Engkau benar dan sekarang teruskan pengajaranmu".

Ibnu Hajar al-Haitami[3] berkata: Haram bagi khatib yang berceramah tanpa menyebutkan daripada siapa yang dia ambil.[4]

Apabila berlaku pemberian tauliah. Seolahnya telah diperakukan oleh badan berautoriti bahawa beliau telah layak dan bertauliah. Maka kita tidak terus berlapang dada, tetapi hendaklah memperbanyakkan ilmu. Seperti kita banyak berbincang banyak isu semasa yang diolah di dalam muzakarah ini.

2) Ikhlas yang dimahukan di dalam ceramah.

Ada orang cerita, Syeikh Abdul Qadir al Jailani yang mempunyai anak murid yang ramai. Suatu hari, Syeikh Abdul Qadir meminta anaknya berceramah. Lalu anaknya mengulangkaji dan berceramah dengan ilmu yang banyak. Anak-anak murid syeikh abdul qadir ternganga dan memuji anak syeikh. Setelah selesai, syeikh Abdul Qadir pula berceramah. Dia mulakan dengan berkata: Semalam, isteri saya masak ikan dan letak di suatu tempat. Tiba-tiba datang seekor kucing, dan makan ikan berkenaan. Anak murid yang mendengar lalu tersentuh dan menangis. Apakah maknanya? Ceramah ini menyentuh hati-hati manusia. Maka kesan islam nampak terzahir. Bukan kata tidak boleh ambil duit jika diberi tetapi jangan demand.

Ikhlas kita pasak dalam jiwa.

3) Mahabbah dan Kasih Sayang

Ketiga, saya amat berminat jika boleh kita jadikan hubungan antara kita dipupuk dengan sifat mahabbah dan kasih sayang. Kita sentiasa toleransi dan bertolak ansur. Kita tidak mahu ada di kalangan kita bergaduh masalah-masalah remeh. Menyakitkan kepala. Sasaran kita ini banyak. Saat kita hari inipun, orang bukan islam akan dakwa Islam dengan pelbagai isu. Sepertimana isu perancis yang berlaku. Sekalipun kita tidak bersetuju dengan tindakan berkenaan, kita tetap disalahfahami.
Syeikh Al-Ghazzali menulis Humum Da`iyah[5]. Ada masa pendakwah merasa begitu tertekan yang melihat umah terasa sukar menjadi yang terbaik kerana banyak halangan yag membawa kepada memartabatkan agama islam.

WallahuA`la.
___________
Nota ini ditulis oleh: Syihabudin Ahmad.


:::Nota Kaki:::
[1] Ini adalah hadis yang popular (masyhur) dalam kalangan ahli Fiqh dan Usul. Namun, sebahagian besar ulama hadis memberi kritikan atasnya. Kandungan matan adalah seperti berikut:

Sanad: HS `Affān, HS Syu`bah, AB Abu `Aun, beliau berkata: Aku mendengar al-Hāris bin `Amrū anak saudara al-Mughirah bin Syu`bah bercerita, daripada seorang rakyat Hims yang merupakan sahabat Mu`az, daripada Mu`az, katanya:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ حِينَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ فَذَكَرَ: " كَيْفَ تَقْضِي إِنْ عَرَضَ لَكَ قَضَاءٌ؟ " قَالَ: أَقْضِي بِكِتَابِ اللهِ. قَالَ: " فَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِي كِتَابِ اللهِ؟ " قَالَ: فَبِسُنَّةِ رَسُولِ اللهِ قَالَ: " فَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِي سَنَةِ رَسُولِ اللهِ؟ " قَالَ: أَجْتَهِدُ رَأْيِي وَلَا آلُو. قَالَ: فَضَرَبَ صَدْرِي فَقَالَ: " الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُولَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمَا يُرْضِي رَسُولَهُ "

Ketika Nabi Muhammad SAW mahu mengutuskan Mu`az ke Yaman, baginda bertanya: Bagaimanakah kamu akan berhukum apabla datang kepadamu suatu masalah? Beliau menjawab: Aku akan berhukum dengan Kitabullah (Al-Quran). Soal Nabi lagi: Bagaimana jika tidak terdapat di dalam Kitabullah? Maka Mu`az menjawab: Maka aku akan berhukum dengan Sunnah Rasulullah SAW. Soal baginda lagi: Bagaimana pula jika ia tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulullah SAW? Beliau menjawab: Aku akan berijtihad dengan pandanganku dan tidak akan melampau. Kemudian Mu`az bercerita; Setelah itu, Rasulullah menepuk dadaku sambil berkata: Segala puji hanya bagi Allah yang telah membuat sepakat utusan Rasulullah yang menjadikan rasul-Nya redha.

Rekod Hadis: Hadis ini direkodkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad Imam Ahmad, bilangan: 22100 dengan sanad seperti yang disebutkan. Ia juga direkodkan dengan sanad yang lain daripada Imam Ahmad dan Imam yang lain juga. Tetapi di dalam setiap sanad yang dikemukakan, pastinya ada perawi majhul.

Status hadis: al-Syeikh Syu`aib al-Arnauth di dalam ta`liq ke atas musnad Ahmad menyatakan hadis ini dhoif. Katanya: Isnadnya Dhoif kerana kesamaran sahabat Mu`az serta kemajhulan al-Haris bin `Amrū. Al-‘Uqaili di dalam Adh-Dhu’afa berkata, “Al-Bukhari berkata, ‘Hadis tersebut tidak sahih dan tidak diketahui kecuali mursal”. Setelah membawakan hadis di atas di dalam Sunan at-Tirmizi, Abu ‘Isa At-Tirmizi berkata, “Kami tidak mengetahui hadis ini kecuali melalui jalur ini. Menurutku, sanadnya tidak bersambung”.

[2] Sebahagian riwayat lain menyatakan bahawa Ummu Salamah yang memebrikan namanya Hasan.

[3] Nama lengkap beliau adalah Syihabuddin Ahmad bin Hajar Al-Haitami. Lahir di Mesir tahun 909 H dan wafat di Makkah tahun 974H. Beliau adalah salah seorang daripada tokoh mazhab al-Syāfi`iyyah serta keluaran Al-Azhar, Mesir.

[4] Teks lengkap adalah seperti berikut: “Menyebutkan hadis-hadis dalam khutbah tanpa menyebutkan para perawinya dibolehkan dengan syarat bahwa ia sebagai ahli hadis, atau ia menukilnya dari buku yang penulisnya adalah ahli hadis. Adapun berpegang pada suatu hadis yang ia dapatkan dari sebuah buku yang penulisnya tidak tergolong ahli hadis, atau di buku-buku khutbah yang penulisnya juga demikian, maka hal itu tidak diperbolehkan. Barang siapa yang melakukannya, ia berhak diberi hukuman yang keras. Ternyata, demikianlah keadaan para khatib. Mereka hanya melihat buku-buku khutbah yang di dalamnya terdapat hadis, mereka pun menghafalkannya, lalu ia sampaikan dalam khutbahnya, tanpa memperdulikan apakah hadis-hadis tersebut ada dasarnya atau tidak? Maka wajib atas para penguasa setiap negara untuk memepringatkan para khatib yang melakukan hal demikian”. Rujuk al-Fatāwa al-Hadisiyyah.

[5] Boleh download di link berikut: (Klik)