Cara menhilangkan mengantuk di dalam kelas yang paling baik ialah dengan menulis setiap butiran guru.

Ketika di MATRI, Perlis dahulu, saya dikempen oleh para asatizah dengan cerita ahli-ahli usrah dari kalangan pak cik-pakcik yang menulis setiap butiran guru, terutamanya al-Fadhil Ustaz Dahlan Mohd Zain.

Jadi, sejak di sana saya telah mula menulis setiap butir guru sekalipun tidaklah sempurna. Saya menulis butiran usrah hari Selasa, saya menulis butiran khutbah.

Kadangkala ada yang memandang sinis. Setelah ada nota yang disediakan penceramah, kenapa perlu tulis lagi?

Saya menjawab sendiri: Kaedah nota yang diberikan penceramah biasanya kurang membantu berbanding kita menulis sendiri nota yang diambil dari mulut guru. Banyak yang tidak ditulis di dalam nota tetapi disebut dalam ucapan.

Tidak mengantuk,
Ilmu pun dapat.

Semoga Allah berkati kita.

=)