Alhamdulillah, hari ini mendapat 2 manuskrip rekod daripada kuliah kepada buku daripada tokoh hebat hadis di Malaysia hari ini. Saya sangat bersyukur kerana berada di dalam bidang Editorial Syariah ini. Ia adalah bidang yang saya suka dan gemari sejak 7 tahun lalu. Bidang ini menjadikan saya setiap hari belajar perkara baru kerana akan membaca bahan bacaan yang baharu. Dahulu, saya sangat mengagumi Isam Talimah. Pembantu Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam penulisan. Saya pernah bercita-cita untuk menjadi Isam Talimah kepada Dr. Mohd Asri Zainal Abidin. Tetapi, saya tidak rapat dengan beliau. Saya pernah menubuhkan sebuah blog yang dianggotai juga oleh anak-anak murid beliau. Kami tulis kembali ceramah Tuan Dr. Ini laman blog yang saya maksudkan: http://tanyadrmaza.blogspot.my/ Pada tahun 2013 pula, saya mengikuti dengan rapat perkembangan Dr. Zaharuddin Abd Rahman. Saya mengagumi ketokohan dan kaedah beliau memenangi masyarakat dengan manhaj al-Wasaty al-Qaradhawy. Alhamdulillah, saya dapat bersama beliau di dalam Usrah Khas serta mengangotai keluarga MURSHID. Saya sedang mencari-cari jalan untuk berkhidmat kepada beliau di dalam bidang penulisan seperti Isam Talimah. Sungguh, ini kenikmatan yang saya harapkan dapat memberatkan penimbang amal kebaikan saya di akhirat nanti. Hari ini pula, saya diberi tugas untuk membuat semakan dan pendetailan terhadap kuliah yang mahu dibukukan dari seorang tokoh hadis popular tanah air. Alhamdulillah.