Semakin belajar, sepatutnya kita semakin memberi umat faham tentang agama ini. Semakin kita membantu masyarakat faham.

Tetapi yang berlaku di dalam sebahagian anggota masyarakat kita pula sebaliknya apabila semakin kita belajar, semakin kita cuba melarang orang belajar dengan ALASAN 'kita tidak pandai, kita tidak menguasai ilmu alat'. 

Ada pula kempen "Semakin belajar, semakin bodoh.", "Ulama Mazhab dah susun yang terbaik, tak perlu ambil mazhab lain!", "Setakat bahasa Arab pun tak bagus, kemudian hanya baca terjemahan, kita tidak mampu membaca dan memahami kitab-kitab mazhab! Sedar diri kita sikit."

Seorang sahabat Facebook bernama Mohammad Aidil Fahsyi memberikan komentar yang menarik: 

"It doesn't make sense when you can read the quran, is kalamullah, you can understand hadith from our beloved prophet but we can't read imam syafie's al umm?"

Saya berpandangan... 

Jika 1000 tahun dahulu ada 4 Mazhab utama selepas kewafatan Rasulullah SAW, Kemungkinan akan datang zaman kemudian wujud 4 Mazhab yang lain yang lebih menjelaskan agama berbanding 4 Mazhab berkenaan apabila orang mengangkat ilmu di dalam masyarakat. 

Mazhab Abu Hanifah, Malik, al-Syafii dan Ahmad bin Hanbal telah menjalankan sumbangan ilmunya. Tetapi kita ini semakin hari semakin menjauhkan manusia dengan ilmu.

Apa yang saya mahu sebutkan ialah...

Biarkan masyarakat membaca dan belajar!
Biarkan masyarakat tahu walaupun ilmu alatnya lemah.
Apabila mereka tersalah, kita yang pandai ini betulkan sahaja!
Apabila mereka tersilap, kita yang pandai ini bantu mereka!

Jika kita sendiri tidak pandai, 
jangan ajak orang jadi macam kita!

- Ini bukan kempen anti mazhab, 
Tetapi ini kampen untuk kita mendalami ilmu agama. 

Jika tidak, rugilah penjual buku seperti Hadi Akmal!!

#Tiada ayat al-Quran atau al-Hadis yang saya mahu masukkan kerana ini hanyalah pendapat saya semata-mata. Boleh jadi ia betul dan ia salah, tetapi apabila anda menjumpai kebenaran, maka saya bersama-sama anda.