Belajar ilmu hadis bermaksud belajar untuk berdisiplin ketika menerima dan menyebarkan sesuatu hadis. Apabila seseorang tidak bijak di dalam mengambil dan menyebarkan hadis, akhirnya akan menyebabkan jenayah tersebarnya hadis palsu. 

Zaman ini, zaman teknologi. Seseorang mudah menyebarkan sesuatu hanya sekadar menekan 3 bahagian sahaja. Select, Copy, Paste. Anak-anak kita adalah orang yang paling banyak terdedah di dalam perkara ini. 

Bagi memastikan anak-anak tidak membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah, Santai Ilmu menganjurkan program "Bengkel Asas Ilmu Hadis" dengan model yang sesuai untuk para pelajar bermula 14 tahun.


Di akhir program, kami mengharapkan para pelajar dapat menguasai beberapa perkara berikut:

  1. Mengetahui asas mustalah hadis pada tahap minima
  2. Mengenali hadis yang boleh diterima dan ditolak
  3. Mengetahui cara untuk menyemak hadis dengan mudah dan praktikal. 
  4. Mengetahui tanda-tanda hadis dhoif yang tersebar dalam masyarakat.


Anak-anak anda TIDAK DIWAJIBKAN mempunyai kemahiran bahasa Arab. Peringkat pengajian ini adalah peringkat yang asas. Ia dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia. Justeru itu, insyaAllah ia akan mampu dihadam oleh semua peringkat umur.


Nota: Jika anak anda ada kemahiran bahasa Arab, ia adalah satu kelebihan!


Program akan dijalankan sebanyak dua (2) hari. Pelajar dikehendaki untuk hadir pada kedua-dua hari berkenaan. Tarikh yang boleh dipilih adalah seperti berikut: 

  • 14 dan 15 Disember 2016
  • 21 dan 22 Disember 2016

Program ini tidak ditaja oleh mana-mana badan atau individu. Justeru itu, yuran penyertaan dikenakan secara minima bagi memudahkan urusan ibubapa dan penjaga.

PERCUMA: Buku Asas Ilmu Hadis Untuk Pelajar Sirah Nabi
Sijil Penyertaan disediakan






Jika anda berminat, sila WhatsApp: 018-6642687 atau hubungi 03-60397343. Sila berikan detail berikut:

  1. Nama Anak
  2. Nama Waris
  3. Alamat
  4. No Telefon
  5. Email
  6. Tarikh Pilihan

 





Hari Pertama

Masa          
Program
9.00 Pagi
Pendaftaran peserta
9.30 Pagi
LDK 1: Kemahiran Menyampaikan Berita
10.00 Pagi
Kelas 1: Kenapa Perlu Belajar Ilmu Hadis?
11.00 Pagi
Kelas 2: Ilmu Hadis Ciptaan Siapa?
10.45 Pagi
Kelas 3: Pengenalan Ilmu Hadis dan Kaitannya dengan Kehidupan Harian
12.00 T/Hari
LDK 2: Praktikal Bahasa Hadis dalam Kehidupan Harian
1 Petang
Bersurai – tamat hari pertama.

Hari Kedua

Masa          
Program
9.00 Pagi
LDK 3: Data Hadis Internet!
10.00 Pagi
Kelas 4: Hadis Yang Diterima dan Ditolak
11.00 Pagi
Kelas 5: Hadis Dhoif dan Disiplin Kita
10.45 Pagi
Kelas 6: Cara Membuat Semakan Hadis dengan Mudah
12.00 T/Hari
LDK 4: Praktikal Semakan Hadis
1 Petang
Bersurai dan serahan sijil penyertaan – tamat hari kedua.




Program ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Syihabudin Ahmad. 

Biodata

Ustaz Syihabudin Ahmad merupakan Graduan Universiti Al-Azhar Mesir. Beliau telah menulis pelbagai buku agama, antaranya ialah: 

  1. Apa erti Cinta - Fikah Cinta terbitan Must Read SDN BHD 2012
  2. Lateral al-Bukhari terbitan Must Read SDN BHD 2012
  3. Fikah Islam dan Kemusykilan Agama terbitan Must Read SDN BHD 2013
  4. Panduan Penulis Super terbitan Revert Publication 2013
  5. 24 Jam Amalam Puasa Rasulullah terbitan Kemilau Publika SDN BHD 2014
  6. Asas Ilmu Hadis untuk Pelajar Sirah terbitan Santai Ilmu Publication 2016
  7. Benarkah Merokok Tidak Haram? terbitan santai Ilmu Publication 2016
  8. Benarkah Rasulullah Buta Huruf? terbitan santai Ilmu Publication 2016
  9. Muhammad: 40 Tahun Sebelum Dilantik Sebagai Rasul terbitan santai Ilmu Publication 2016
  10. dan lain-lain...


Beliau mendapat tauliah mengajar oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Beliau banyak dijemput berkongsi ilmu di masjid-masjid, surau, radio IKIM, Tv al-Hijrah dan lain-lain. Anak kelahiran Kuala Perlis ini sering mengemaskini penulisan di dalam laman web:



Pengalaman di dalam bidang hadis

Sejak tahun 2010 lagi, Ustaz Syihabudin telah ditugaskan sebagai Editor Syariah bagi pelbagai syarikat penerbitan buku agama di Malaysia. Tugas beliau ialah memastikan fakta-fakta agama ditulis dan direkodkan dengan betul oleh penulis-penulis buku agama. Di dalam kerjaya berkenaan, beliau memerlukan kemahiran membuat semakan sebarang fakta agama. Banyak hadis-hadis palsu yang berjaya dikesan oleh beliau di dalam buku-buku semakan berkenaan.

Ustaz Syihabudin juga telah menguruskan pelbagai terjemahan kitab hadis, diantaranya ialah:
  1. "Al-Manar al-Munif: Kenali Hadis Sahih, Dhoif dan Palsu", 
  2. "Al-Luma` Fi Asbab al-Hadis - Sebab Hadis Diucapkan oleh Rasulullah"
  3. "Umdatul Ahkam -Sandaran Huku"
  4. "Al-Syamail Muhammadiyyah"
  5.  dan lain-lain. 

Sebahagian besar daripada buku-buku terjemahan berkenaan telah dibuat diskusi di masjid-masjid, surau, radio IKIM, Tv al-Hijrah, dan lain-lain. Ustaz Syihabudin Ahmad juga merupakan pengelola utama laman web semakan hadis: BicaraRasul.com. 



Jika anda berminat, sila WhatsApp: 018-6642687 atau hubungi 03-60397343. Sila berikan detail berikut:

  1. Nama Anak
  2. Nama Waris
  3. Alamat
  4. No Telefon
  5. Email
  6. Tarikh Pilihan