Imam Ibn Qayyim berkata: 

Hadis memuji hidup bujang. Semuanya palsu. 

Ulasan Saya: 

Dikatakan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: 

إِذَا أَحَبَّ اللَّهُ عَبْدًا اِقْتَنَاهُ لِنَفْسهُ وَلَمْ يَشْغَلْهُ بِزَوْجَةٍ وَلَا وَلَدُ

Apabila Allah sangat mencintai seseorang hamba, maka Dia akan memilih dirinya (untuk beribadah kepada Allah) tanpa menyibukkan dirinya dengan pasangan ataupun anak.

Hadis ini dinyatakan di dalam kitab Hilyatul Awliya’ (1/25) oleh Abu Nuʿaim secara mauquf, manakala Ibn al-Jauzi merekodkan di dalam al-Māuḍūʿāt (3/81) secara marfʿu` - kemudian dia memberi ulasan “Palsu”. 

Bagaimana mungkin hadis ini tidak berada dalam kategori palsu menurut dirayah sedangkan pelbagai hadis sahih daripada Nabi Muhammad SAW menggalakkan lelaki dan wanita untuk berkahwin.

Menurut al-Qaradhāwi di dalam artikel web “Kemusykilan Pembujangan”, Islam berpendirian bahawa tiada pelepasan tali kekangan bagi naluri seks untuk dilepaskan tanpa sebarang batasan dan ikatan. Dengan itu, diharamkan perlakuan zina dan apa sahaja yang menyebab kepada perlakuan zina itu.

Namun begitu, Islam bangun menentang segala perkara yang bertentangan dengan perkara tersebut: Menentang perselisihan dan halangan terhadap naluri seks. Dengan sebab itu, Islam menyeru kepada perkahwinan, dan melarang dari at-Tabattul (Memutuskan diri dari mendekati wanita dan dunia untuk tujuan beribadah selama-lamanya) dan al-Khiṣā’ (Memutuskan nafsu dengan cara kasi - membuang telur sperma).

Maka, dengan itu seorang umat Islam tidak halal untuk menentang perkahwinan, dalam keadaan berkemampuan untuk berkahwin, juga beralasan untuk at-Tabattul kepada Allah, atau memenuhkan seluruh kehidupan untuk ibadat, perahiban dan memutuskan hubungan dengan dunia.

Nabi pernah memerhatikan sebahagian sahabat baginda yang serba sedikit terpengaruh dengan bentuk kerahiban ini. Lantas, baginda mengumumkan bahawa (perlakuan) ini adalah terseleweng dari metodologi Islam. Juga menyimpang dari sunnah baginda. Dengan itu, Rasulullah mencampak (keluar) pemikiran-pemikiran rahib itu dari suasana kehidupan masyarakat Islam.

Al-Bukhari dan selainnya (dari ulama Hadith) telah merekodkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda: 

أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ، لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ، وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ، وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ، فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي

 “Bahawasanya aku adalah orang yang paling mengenali Allah dan yang paling takut padanya (berbanding kamu semua). Namun, Aku bangun (beribadah di malam hari) dan aku tidur, aku berpuasa dan aku juga berbuka, dan aku berkahwin dengan wanita. Oleh itu, siapa yang  bencikan sunnahu (caraku), maka dia bukan dari (umat)ku.”

[Direkodkan oleh al-Bukhari: 5063]

Saad bin Abu Waqqash pula berkata:

رَدَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عُثْمَانَ بْنِ مَظْعُونٍ التَّبَتُّلَ، وَلَوْ أَذِنَ لَهُ لاَخْتَصَيْنَا

Rasulullah s.a.w. menentang Usman bin Madh'un tentang rencananya untuk membujang. Seandainya baginda mengizinkan, niscaya kami akan ber Khitha`

[Direkodkan oleh al-Bukhari: 5073]

Rasulullah juga menyerukan kepada para pemuda keseluruhannya (supaya berkahwin). Baginda berkata:

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ البَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

"Wahai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah mampu berkahwin, maka berkahwinlah!; karena dia itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan."

[Direkodkan oleh al-Bukhari: 5065]

Dari sini, sebagian ulama ada yang berpendapat: bahawa perkahwinan itu diwajibkan keatas setiap Muslim. Tidak halal baginya untuk meninggalkannya selagimana dia mampu menunaikannya. Sebahagian ulama yang lain pula mengikat (kewajipan tersebut) kepada siapa yang telah berkeinginan, serta bimbang terhadap dirinya sendiri (terjerumus ke dalam kancah penzinaan).

Tidak sepatutnya muslim menahan dirinya dari perkahwinan atas sebab bimbang kesempitan rezeki, atau  beratnya bebanan tanggungjawab terhadap keluarganya. Tetapi dia harus berusaha, bekerja dan menanti pertolongan Allah dan pertolonganNya yang telah dijanjikan buat orang yang berkahwin, serta yang menjaga kesucian dan kehormatan dirinya.

Allah Taala berfirman:

Maksudnya:

Kahwinkanlah anak-anakmu (yang belum berkahwin), dan orang yang soleh (yang sudah patut berkahwin) dari kalangan hamba-hamba lelaki dan hamba-hamba perempuanmu. Jika mereka tidak mampu, maka Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari anugerah-Nya. Allah Maha Luas Lagi Maha Mengetahui/

[An-Nur: 32]

Rasulullah pula berkata:

Maksudnya:

ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللهِ عَوْنُهُمْ: الْمُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللهِ، وَالمُكَاتَبُ الَّذِي يُرِيدُ الأَدَاءَ، وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيدُ العَفَافَ.

Tiga golongan yang telah menjadi hak Allah untuk menolong mereka: (1) Orang yang berjihad dijalan Allah, (2) dan seorang hamba mukatab ( Seorang hamba yang berjanji akan menebus dirinya sendiri supaya menjadi merdeka ) yang berniat akan menunaikan perkara tersebut, (3) dan orang berkahwin yang mahukan kehormatan diri.

[Direkodkan oleh at-Turmizi: 1655 – Al-Tirmizi menyatakan bahawa hadis ini Hasan.]

Bagaimana pula, ada ulama yang memilih untuk membujang? Ya! Sedikit ulama seperti Imam Ibn Taimiyyah, Imam al-Nawawi, Imam Abu Ja`far Al-Tabari adalah bujang. Para ulama menyatakan sebab pembujangan mereka kerana mereka melebihkan ilmu berbanding urusan yang lain sehingga mereka tidak sempat berfikir untuk berkahwin. 

Imam Ibn Qayyim berkata: 

Termasuk hadis yang batil adalah hadis-hadis berkenaan larangan memotong pohon bidara (Al-Sidr).

Berkata Al-Uqaily: Tiada hadis sahih berkenaan memotong pohon bidara .
Berkata Ahmad: Tiada hadis sahih berkenaan tajuk ini.



Ulasan Saya:

Para ulama hadis tidak bersepakat dalam isu ini. Terdapat hadis di dalam bab pohon bidara ini yang menjadi perselisihan ulama. Sebahagian hadisnya dhoif, sebahagiannya palsu, manakala sebahagiannya hasan. 

Benar jika dikatakan tidak sahih, tetapi tidak benar jika dikatakan palsu. 

Dikatakan bahawa Nabi bersabda: 

إِنَّ الَّذِينَ يَقْطَعُونَ السِّدْرَ يُصَبُّونَ فِي النَّارِ عَلَى رُءُوسِهِمْ صَبًّا

Sesiapa yang memotong pohon bidara akan dituangkan di atas kepalanya (cairan panas) di dalam neraka. 

(Direkod oleh al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra: 11763)

Al-Albani menyatakan hadis berkenaan hasan di dalam Sahih al-Jami`. Berkemungkinan hadis yang menyatakan keharaman ini berlokasi di Al-Haram, Mekah kerana orang berteduh di pohon itu – akhirnya dengan memotong pohon berkenaan menyebabkan kesukaran. Wallahualam – demikian itu adalah pendapat Al-Suyuti di dalam al-Hāwi.