Sepeninggal Rasulullah saw. banyak peristiwa dan kejadian baru yang muncul di kalangan sahabat sehingga menuntut adanya fatwa hukum dan penejelasan hukum syari’atnya. Segolongan di antara sahabat yang terkenal akan ilmu dan fiqhnya akan menjawab hukum dari peristiwa atau kejadian tersebut dengan berupa fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat. Kemudian pendapat atau  qaul sahabat itu di riwayatkan kepada kaum muslimin dan dipakai hujjah oleh sebagian ulama.

Ia sepertimana yang berlaku pada hari ini, iaitu guru menjelaskan ilmu yang mereka belajar daripada iulama-ulama terdahulu yang mereka temui. Seringkali mereka menyatakan satu-satu pendapat berdasarkan daripada panduan guru mereka yang terdahulu – adakah pendapat itu boleh diterima?

Demikian juga; para sahabat Nabi SAW lebih hebat dan lebih agung daripada guru-guru yang lain. Maka, adakah pendapat mereka diterima dan menjadi hujah di dalam berhukum?

Siapakah Sahabat Nabi?

Ulama Usul Fiqh mendifinasikan sahabat dengan takrifan berikut:

هو كل من لقي الرسول صلى الله عليه وسلم مؤمنا به ولازمه زمنا طويلا

Sahabat ialah sesiapa yang bertemu dengan Nabi Muhammad SAW, beriman dengannya serta melazimi hidup bersama Nabi pada satu tempoh yang panjang.

Di antara para Sahabat Rasulullah saw. adalah para khulafaur rasyidin, iaitu : Abu Bakar As-shiddiq, Umar bin Khaththab, Utsman bin ‘Affan, Ali bin Abi Thalib; Abdullah bin Mas’ud, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Amru bin Ash, Zaid bin Tsabit, Muadz bin Jabal, dll.

Rasulullah berkata: Sebaik-baik umatku adalah yang berada dalam kurunku, kemudian orang yang selepas mereka, kemudian orang yang selepas mereka … Kemudian, akan datang suatu kaum selepas kamu ini, yang memberi kesaksiaan sedangkan mereka tidak diminta memberi saksi, Mereka berkhianat dan tidak menunaikan amanah. Mereka bernazar[1] tetapi tidak menunaikan nazar tersebut. Terlihatlah kesan kegemukan pada diri mereka.

[Rekod Sahih al-Bukhari: 3650]

Rasulullah berkata: Sebaik-baik manusia adalah dari keturunanku, kemudian orang yang datang selepas itu, kemudian orang yang datang selepas itu. Kemudian akan datang satu kaum yang mendahulukan persaksian seseorang dari kamu sebelum sumpahnya. Dan sumpahnya sebelum penyaksiannya.

Ibrahim (seorang Tabiin) berkata: Mereka (para sahabat) akan memukul kami sekiranya kami (senang lenang) bersaksi dan berjanji, ketika itu kami masih kecil.

[Rekod Sahih al-Bukhari: 3651]

Al-Khāṭib al-Baghdadi menyatakan di dalam kitab Kifāyah;

Tidak perlu dipersoalkan lagi mengenai keadilan para sahabat kerana keadilan mereka telah ditetapkan di dalam al-Quran dan al-Hadis. Perintah berkenan merujuk terus kepada sahabat Rasulullah SAW dan orang yang menyaksikan turunnya wahyu.

Imam Al-Nawawi menyatakan pendapat jumhur itu telah menjadi ijma’, oleh karena itu tidak diperbolehkan seseorang mengkritik mereka (para sahabat), karena dikhawatirkan akan menyimpang dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang telah menegaskan keadilan mereka.

Ibnu Atsir dalam kitab Al- I’tiab berkata,

“walaupun para sahabat, tidak perlu kita bahas keadaan mereka karena telah disepakati oleh Ahl al Haaq yaitu Ahl as-Sunnah wa al Jama’ah bahwa mereka itu adil, namun wajib kita mengetahui nama-nama mereka dan membahas perjalanan hidup mereka, serta keadaan mereka untuk kita teladani, karena merekalah orang yang paling mengetahui tentang suluk Nabi SAW dan keadaan kehidupan beliau.”

Allah berfirman:

29. Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir Yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, Dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. tanda Yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang Yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan Ibadat mereka Yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka Yang tersebut di Dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di Dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman Yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi Kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya Dengan keadaan Yang mengkagumkan orang-orang Yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana Dengan perasaan marah dan hasad dengki - Dengan kembang biaknya umat Islam itu. (dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala Yang besar.

(Fath: 29)

100. dan orang-orang Yang terdahulu - Yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang Yang menurut (jejak langkah) mereka Dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan Yang besar.

(Al-Taubah: 100)

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلَا نَصِيفَهُ

Rasulullah saw. bersabda, “Janganlah kalian mencaci para sahabatku. Demi Zat yang jiwaku ada dalam genggaman-Nya, seandainya seorang dari kalian menginfakkan emas seberat Gunung Uhud, maka belum bisa menyamai satu mud atau separuhnya yang diinfakkan oleh seorang dari mereka.”

(HR Bukhari dalam Sahih-nya (3/1343)

Pengertian Mazhab Sahabat:

هو مجموع الآراء الإجتهادية والفتاوى الثابتة عن واحد من صحابة الرسول صلى الله عليه وسلم.

Ia adalah kumpulan pandangan yang bersifat Ijtihadiyyah serta fatwa-fatwa yang disangkut kepada salah seorang daripada sahabat-sahabat Rasulullah SAW.

Ulama telah bersepakat bahawa tiada khilaf apabila seseorang mengambil secara tuntas kata-kata sahabat Nabi SAW sekiranya ia bukan dalam isu pandangan peribadi atau ijtihadnya. Kerana bagi ahli sunnah, kita menyatakan, berita yang disampaikan oleh para sahabat ialah khabar al-Tauqifi yang sewajarnya diterima.

Demikian juga, ulama tidak berselisih pendapat untuk mengambil pendapat ijmak para sahabat atau pendapat yang tidak diperselisihi oleh mereka – seperti perwarisan nenek 1 per enam.

Demikian juga, ijtihad seorang sahabat tidak menjadi hujah untuk menolak ijtihad sahabat yang lain. Kerana para sahabat Nabi SAW berbeza pendapat dalam pelbagai isu – sekiranya ijtihad seorang menolak ijtihad sahabat lain, nescaya tidak akan ditemui pelbagai perbezaan fatwa.

Namun, yang menjadi isu perbincangan ialah, ijtihad mereka itu adakah boleh menjadi hujah syarak kepada orang selepas mereka?

Berikut, kami nyatakan pandangan para ulama terhadap isu berkenaan.

Pandangan Ulama

Terdapat dua pendapat yang popular di dalam berhujah dengan kata-kata atau ijtihad sahabat:

Pendapat pertama: Syāfiiyyah, jumhur al-Asyāirah, al-Mu`tazilah dan Syīʿah; mereka menyatakan bahawa pendapat para sahabat tidak menjadi hujah secara mutlak.

Pendapat kedua: al-Hanafiyyah, al-Mālikiyyah dan al-Hanābilah: mereka menyatakan pendapat sahabat menjadi hujah syarak.

Pendapat pertama berhujah; kata-kata sahabat Nabi merupakan pandangan peribadi yang disangkut kepada orang yang tidak maksum. Setiap orang yang berijtihad, pastinya terdedah dan harus melakukan kesilapan atau terlupa. Jika wujud pensyariatan berkenaan, nescaya para tabiin tidak akan menyanggahai fatwa sahabat sedangkan yang berlaku tidak begitu.

Pendapat kedua pula berhujah: sekalipun para sahabat nabi terdedah kepada kesilapan, mereka lebih hampir kepada kebenaran disebabkan ketinggian ilmu bahas, keadilan dan fadilat diri mereka. Mereka adalah orang yang paling kuat merujuk sebab nuzul ayat dan sabab wurud ahadis. Mereka menyaksikan keadaan kehidupan Nabi Muhammad SAW, sangat tahu tentang maqasid dan sebagainya. Keadaan mereka tidak setaraf dengan mujtahid yang lain – pendapat mereka lebih rājih berbanding pendapat mujtahid lain – lalu ia boleh menjadi hujjah.

Dr Wahbah al-Zuhaili menyatakan: Apa yang zahir kepada kita ialah; pendapat para sahabat dapat menguatkan sesuatu ijtihad di dalam isu rājih. Namun begitu, ia tidak menjadi dalil syarak sehingga mewajibkan untuk beramal dengannya sepertimana kita beramal kepada al Quran dan al Sunnah. Kehujahan pendapat mereka memerlukan dalil yang jelas daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Kesimpulan:

Fatwa para sahabat boleh menjadi penilai di dalam penentuan hukum. Ia bukan hujah utama syarak.

Ulama yang berijtihad di bawah sahabat lebih lagi mempunyai darjat yang kurang berbanding para sahabat, maka pendapat mereka juga boleh dinilai sama ada diambil ataupun ditolak lalu menerima pendapat yang lain.