Imam Ibn Hibban di dalam kitab Sahihnya merekodkan bahawa Ibn Masʿud menyatakan: Rasulullah SAW pernah berkata: Tidaklah seorang hambapun yang membaca doa sekian apabila terkena kedukaan dan kesedihan melainkan Allah akan menghilangkan kedukaannya dan menggantikan kesedihannya dengan kegembiraan: 

اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ابْنُ عَبْدِكَ ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي، وَنُورَ بَصَرِي، وَجِلَاءَ حُزْنِي، وَذَهَابَ هَمِّي،

Ya Allah! Sesungguhnya aku ini adalah hamba-Mu, juga anak kepada hamba lelaki-Mu, juga anak kepada hamba perempuan-Mu. Ubun-ubunku berada pada kekuasaan tanganmu. Hukumanmu terjadi kepada diriku dan setiap ketentuan-Mu kepadaku adalah adil belaka. Aku memohon pada-Mu dengan berkat semua nama yang menjadi milik-Mu. Sama ada yang Engkau namakan sendiri, atau yang Engkau turunkan di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajar kepada salah seorang daripada makhluk-Mu, atau yang Engkau simpan di dalam alam ghaib di sisi-Mu. Engkau jadikanlah al-Quran menjadi musim bunga di dalam jantung hatiku, cahaya pandanganku, penawar kesedihanku serta engkau hilangkanlah kedukaanku. 

Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah! Sangat patut bagi kami mengajarkan kalimah doa ini. Baginda menyatakan: Bahkan begitu, hendaklah orang yang mendengar doa ini mengajarkannya.

(HR Ibn Hibban di dalam Sahih: 972. Sahih menurut Syeikh Syuaib al-Arnāūṭ)