Petang ini 16 Julai 2017 jam 5.28 petang akan berlaku peristiwa Istiwa’ A’zam (Matahari Tegak di atas Kaabah)

Ia membolehkan orang ramai membuat semakan arah kiblat di kediaman masing masing.

Apabila istiwa` berlaku, bayang-bayang objek yang terhasil membentuk garisan mengarah ke Kaabah. Seolah-olah, kayu yang ditegakkan itu adalah Kaabah dan bayang-bayang itu pula adalah garisan menuju Kaabah.

Panduan:

1) Dirikan satu objek yang lurus seperti kayu, besi atau sebagainya di kawasan lapang. Boleh juga menggunakan panduan tiang-tiang lampu di tepi jalan sebagai panduan.

Untuk memastikan kelurusan, anda boleh menggunakan alat-alat bantuan seperti batu ladung dan tali atau alat-alat ukuran lain.

2) Pastikan jam 5.28 petang itu mengikuti waktu SIRIM. Lihat link berikut: http://mst.sirim.my/

3) Kembali pastikan ia dengan kiblat yang kita gunakan hari ini. Jika benar, maka teruskan. Jika salah, betulkan. Tidak perlu Qadha solat sekiranya kiblat sebelum ini tersalah.

WallahuAlam.