Puasa Asyura adalah puasa sunat yang diberikan pahala kepada orang yang melaksanakannya. Demikian pula tidak akan dibalas keburukan kepada orang yang meninggalkannya.

Sesiapa yang telah berniat puasa Asyura kemudian berbuka dengan sengaja maka menurut majoriti ulama, beliau tidak dikenakan apa-apa hukuman kerana bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad SAW; orang yang berpuasa sunat berhak terhadap dirinya sendiri.

Manakala menurut Mazhab Hanafi, sesiapa yang telah berniat untuk berpuasa sunat, maka dia tidak boleh membatalkannya kerana bertepatan dengan firman Allah; "jangan kamu batalkan amalan kamu." Sekiranya dia tetap membatalkannya maka dia diwajibkan untuk menggantikan (qada) pada hari yang lain.

Pun begitu, sesiapa yang berbuka kerana terlupa pada puasa Asyura atau puasa-puasa yang lain, maka puasanya tetap sah dan tidak terbatal. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW "Sesiapa yang makan atau minum kerana terlupa, maka teruskanlah puasanya kerana Allahlah yang memberinya makan dan minum".

Tamat terjemahan.