Perkara yang paling besar saya belajar daripada bos saya di KEMILAU PUBLIKA dahulu ialah; Ustaz kena study sebelum mengajar. Perlu ada nota.

Alhamdulillah, saya melihat ramai ustaz-ustaz sunnah sering menyiapkan nota sebelum kuliah.

Pengalaman saya; Jika kuliah Maghrib - nota tulisan penuh ialah 5 halaman - jika kurang daripada itu, maka yang lebih banyak adalah tambahan yang tiada banyak manfaat. Merapu dan bercerita tentang pandangan sendiri sahaja.

Sebab itu, kerja ustaz ini tidak mudah.

- Sebelum mengajar perlu buat nota - 1-4 Jam menulis dan meneliti. Orang tidur jam 10-12 malam, kita tidur mungkin jam 1 atau 2. Jam 5 sudah kena gerak ke tempat kuliah.

- Kemudian memandu sendiri ke tempat mengajar. Seringkali jarak rumah dan tempat kuliah memakan masa lebih lama daripada tempoh waktu kuliah. Jika jadual padat sehingga 3-5 kuliah satu hari, maka 'mikro sleep' adalah perkara biasa yang dialami.

- Ketika kuliah, wajib pula jaga adab ilmu - kongsikan apa yang kita tahu dan bermanfaat, jika tak tahu - maklum sahaja 'saya tak tahu'.

Sebab... tempat pengajian bukan kedai kopi....