Jawapan: Tidak boleh kerana ia termasuk di dalam solat sunat mutlak.

Fakta:

(1) Solat sunat terbahagi kepada dua bahagian - solat Sunat Mutlak dan Solat Sunat Atas Sebab (Dzatul Asbab). Solat Sunat Atas Sebab seperti solat sunat wuduk, tahiyyatul masjid, gerhana, pulang musafir, solat jenazah dan sebagainya - ia tidak dilakukan melainkan apabila wujud sebab.

(2) Diharamkan semua jenis solat sunat mutlak seperti solat hajat, taubat dan istikharah selepas daripada azan subuh sehinggalah masuk waktu syuruq. - melainkan dua rakaat sunat sebelum solat subuh (Solat Sunat Fajar).

(3) Solat sunat Fajar yang dilakukan selepas azan subuh itu hanyalah dua rakaat sahaja. Ia tidak boleh ditambah lagi.

(4) Solat sunat hajat termasuk di dalam solat sunat mutlak yang tidak dibenarkan untuk dilakukan pada waktu-waktu haram kecuali apabila berada di Masjidil Haram.

(5) Solat Qadha dibenarkan dilakukan pada waktu haram - sekalipun Qadha sunat atau wajib.

Nabi SAW bersabda:

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صلاة بعد العصر حتى تغرب الشمس ، وبعد الصبح حتى تطلع الشمس

Daripada Abi Hurairah r.a : “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ melarang dari mengerjakan solat selepas Asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas Subuh sehingga terbit matahari.”

(Hadis Riwayat Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad.)

===> Like: Ustaz Syihabudin Ahmad - USA