Jawapan: Tidak sunat.

Ulasan:

(1) Nabi MuhammadSAW memerintahkan kewajipan zakat fitrah kepada orang dewasa dan kanak-kanak.

Abdullah bin Umar berkata:

أنَّ رَسولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الفِطْرِ مِن رَمَضَانَ علَى كُلِّ نَفْسٍ مِنَ المُسْلِمِينَ حُرٍّ، أَوْ عَبْدٍ، أَوْ رَجُلٍ، أَوِ امْرَأَةٍ، صَغِيرٍ، أَوْ كَبِيرٍ صَاعًا مِن تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِن شَعِيرٍ.

Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan kepada semuat umat Islam. Sama ada merdeka, hamba, lelaki, wanita, kanak-kanak atau dewasa. Kadarnya ialah satu gantang kurma atau satu gantang gandum.

[Direkod oleh Muslim di dalam Sahih]

(2) Dikatakan bahawa para ulama telah bersepakat (Ijmak) dalam hal ini - iaitu tiada kewajipan zakat kepada janin di dalam perut ibunya. Rujuk Ijmak Ibn Munzir.

(3) Imam al-Nawawi menyatakan:

لَا تَجِبُ فطرة الجنين لا على أَبِيهِ وَلَا فِى مَالِهِ بِلَا خِلَافٍ عِنْدَنَا، وَلَوْ خَرَجَ بَعْضُهُ قَبْلَ غُرُوبِ الشَّمْسِ وَبَعْضُهُ بَعْدَ غُرُوبِهَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ لَمْ تَجِبْ فِطْرَتُهُ؛

Tidak diwajibkan untuk janin membayar zakat fitrah sama ada dari harta ayahnya atau dari hartanya sendiri. Tiada perbezaan pendapat dalam mazhab kita. Sekalipun ia dilahirkan ketika matahari terbenam sebahagian sahaja - tetap tidak wajib.

{Rujuk: Al-Nawawi di dalam al-Majmu` Syarh al-Muhazzab}

(4) Janin tidak disangkut dengan hukum dunia melainkan dalam bab perwarisan dan wasiat sahaja - itupun dengan syarat dia dilahirkan.

Wallahualam

---
Syihabudin Ahmad Md Yatim,
www.ustazusa.com