Lebih kurang malam 17 April 2011, saya ke bilik mak dengan membaca 1 buku yang diberikan Kerajaan Negeri Perlis. 

Saya tanya mak, "Mak ada hutang ngan sapa? Cik nak tulih ni."

Mak saya sebut satu-satu. Termasuk dengan tanggungan sebulan yang mak ayah cari sendiri. 

2 hari kemudian, saya bertolak pulang ke Mesir atas tajaan Kerajaan Negeri Perlus. 

Saya tak menyangka, 20 Julai tahun yang sama, mak meninggal dunia. Saya tak sempat bertemu beliau, tetapi alhamdulillah saya ada simpan rekod ini. 

Alhamdulillah juga, ayah saya ingat satu persatu hutang yang dibuat, akhirnya adik beradik saya yang tinggal di Malaysia ketika itu menyelesaikan hutang yang ada. 

Sebab itu, saya merasa sangat penting untuk kita semua merekod hutang dan memaklumkan kepada orang terdekat. 

Sahabat, gambar yang anda lihat ini adalah gambar yang saya baru saja tangkap. 

Ia muhasabah untuk saya...

Hutang mak ayah, tak ada lain - melainkan nak besarkan anak-anak! 

----
Syihabudin Ahmad, 
Si Tukang Cetak.