JAM SOLAT TERBAIK

Setelah 4 tahun, tali besi Casio CPA- 100, akhirnya putus. 2 hari lepas beli yang baru tapi tali getah. Lebih ringan. Rasanya akan tahan lama juga ni. 

Saya selalu servay jam yang ada function waktu solat yang terbaik. Saya pernah beli dan pakai beberapa jam jenis lain, tapi jenama Casio CPA-100 ini juga yang terbaik. 

- Ada kalender hijrah yang mudah dilihat.
- Waktu solat yang mudah dilihat. 
- Tahan lasak terutama untuk aktiviti menyelam di tepi pantai. 
- Waktu Digital yang terang
- Boleh tahu umur bulan / boleh jangka waktu air pasang surut. 

Saya pernah cuba jam yang ada function lebih kurang dengan tambahan arah kiblat. Tapi, ketahanan dan paparan skrin tak boleh lawan jenama Casio ni. 

Apatah lagi, kegemaran saya dengan Casio antara sebabnya ialah, dulu masa di Dumyat, Mesir - hampir semua guru-guru saya guna jam jenama ini. 

:) Syok ikut trend tok guru masa tu. Akhirnya, melekat sampai sekarang. Kalau nak beli jam saja, nak Casio. 

Hahaha!

---
Syihabudin Ahmad, 
Penggemar Casio Klasik.