Alhamdulillah, antara buku khidmat yang paling banyak dicadangkan oleh asatizah bermanhaj Salaf di Malaysia ialah Al-Manar al-Munif tulisan Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Ia adalah teks yang mudah bagi memahami hadis yang palsu dengan sekadar melihat teks yang disebutkan. Beberapa kali dalam penulisan Dr Maza sejak tahun 2010, beliau menyebutkan rujukan daripada buku ini - tetapi ketika itu masih belum ada terjemahan buku ini dalam bahasa Malaysia atau Indonesia. Pada tahun 2015, Saya dan tim terjemahan telah mengusahakan terjemahan buku ini dalam tempoh 3 bulan. Alhamdulillah, siap dengan jayanya. Akhirnya, ia diterbitkan atas jenama KEMILAU PUBLIKA. Saya sangat bersyukur kerana ia berjaya diterbitkan. Kemudian, Dr Rozaimi memulakan pengajian kitab ini di Baitus Salam - Sehingga KHATAM. Anda boleh bertalaqqi dengan menonton kuliah beliau di YouTube. Pada tahun 2018, saya mengusahakan terjemahan semula dengan memberikan beberapa pembetulan atas kuliah Dr. Rozaimi, memasukkan matan penuh berbahasa Arab bersama terjemahan, serta menambah penomboran yang dibuat oleh Syaikh Abdul Fatah Abdul Guddah. Cuma saya perlukan sedikit masa lagi untuk memasukkkan tahqiq versi Syaikh Abdul Fattah. Sebenarnya, ada seorang penterjemah saya telah membuat kerja-kerja terjemahan tahqiq. Tetapi saya tidak berpuas hati apabila membuat semakan terjemahannya. Akhirnya, ia tidak diterbitkan.


---- Pelan Jangka Panjang ---- Saya ada 2 pelan jangka panjang untuk buku ini. 1- Menerbitkan versi tahqiq Syaikh Abdul Fatah Abu Gudah. Kenapa penting tahqiq ini? Setelah melihat penulisan tahqiq beliau sejak 2015 (Ketika proses terjemahan kali pertama), saya dapati - beberapa tempat, beliau tidak bersetuju dengan Ibn Qayyim. Ada tempat yang Ibn Qayyim kata palsu, tetapi beliau buktikan bahawa ia bukan palsu tetapi ia hasan dan boleh diterima! Jika penterjemahan versi Tahqiq berjaya, pasti ia akan lebih bermanfaat buat pembaca dan pengkaji ilmu. 2- Menerbitkan versi Syarah Penuh Dr. Rozaimi. Sejak tahun lepas, editor saya telah mengumpulkan puluhan transkriptor untuk menulis semula syarah Dr. Rozaimi. Dan alhamdulillah, kami telah berjaya melengkapkan kerja transkripsi. Cuma, saya sedang meminta editor mengemaskini semula setiap susunan supaya mudah apabila Dr. Rozaimi membuat semakan dan penambahan kemudian. Kami tak mahu tergesa-gesa. Kerana kami berharap ia menjadi buku masterpiece bagi memudahkan umat. ----- Doa ----- Ini sebahagian kerja kecil saya dan tim yang sentiasa disokong oleh sahabat-sahabat. Mohon anda terus mendoakan kami! --- Syihabudin Ahmad, Si Tukang Cetak Buku. ----> Al-Manar Al-Munif di Shopee:
http://osini.co/manarmunif