Dikatakan Hadis Fatimah: 

Fatimah tidur selepas subuh, kemudian rasulullah cuek dengan kakinya. Kenapa kamu tidur lepas subuh? Fatimah menjawab: Saya memang nak tidur.  Apa masalahnya? Rasulullah sebut: فَالْمُقَسِّمَاتِ أَمْرًا (Al-Zariyat: 4). Fatimah kata, jika sudah rezeki kita; tak larilah daripada kita. Kemudian Rasulullah kata: وَكَانَ الْإِنْسَانُ أكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلًا (Al-Kahfi: 54)

Ulasan:

Kisah ini bercampur antara palsu, dhoif dan sahih- dan ia adalah adat bagi golongan penceramah. Kita akan bahagikan kisah ini kepada lima bahagian. 

1. Keseluruhan. 

Jika diambil hadis ini secara keseluruhan, maka ia adalah hadis palsu. Dalam kategori لا أصل له. Tiada seorang pun yang meriwayatkan kisah ini melainkan ustaz Muhaizad sahaja. 

Sedangkan, Ustaz Muhaizad bukanlah sahabat Nabi yang boleh diambil riwayat daripadanya tanpa sebarang syak wasangka. Maka, riwayat beliau ditolak. 

2. "Fatimah tidur selepas subuh, kemudian rasulullah cuek dengan kakinya."

Kisah ini wujud dan direkodkan di dalam kitab-kitab hadis, antaranya Targhib wa Tarhib oleh al-Munziri. Dan dia kata, ia direkod oleh al-Baihaqi. 

Memang wujud di dalam kitab Syuabul Iman oleh al-Baihaqi dalam bab Banyaknya Nikmat Allah.

Rekod lengkapnya ialah hadis daripada Fatimah: 

مَرَّ بِيَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا مُضْطَجِعَةٌ مُتَصبِّحَةٌ، فَحَرَّكَنِي بِرِجْلِهِ، ثُمَّ قَالَ: " يَا بُنَيَّةُ قَوْمِي اشْهَدِي رِزْقَ رَبِّكِ، وَلَا تَكُونِي مِنَ الْغَافِلِينَ، فَإِنَّ اللهَ يَقْسِمُ أَرْزَاقَ النَّاسِ مَا بَيْنَ طُلُوعِ الْفَجْرِ إِلَى طُلُوعِ الشَّمْسِ ". إِسْنَادُهُ ضَعِيفٌ.

Rasulullah melintasiku, yang ketika itu aku sedang tidur selepas subuh. Beliau menggerakkan aku dengan kakinya. Kemudian berkata: "Wahai anakku, bangun dan saksikanlah rezeki daripada tuhanmu. Janganlah jadi orang yang lalai. Allah membahagikan rezeki manusia pada waktu antara terbit fajar sehingga terbit matahari. 

Imam Baihaqi kata: Isnadnya Dhoif. 

-- Apabila ulama seperti al-Baihaqi yang meninggal pada tahun 458 H mengatakan sanadnya Dhoif - maka sudah sepatutnya kita merujuk sebab apa dia sebutkan Dhoif. 

Kerana metode ulama mutaqaddimin, dia tak jelaskan sebab kedhoifan secara teliti seperti Syadid Dha`f atau palsu, atau sebagainya. 

Apabila ulama-ulama meneliti. Rupanya dia sebut sanadnya Dhoif kerana wujud seorang perawi bernama Abdul Malik bin Harun. 

Komentar ulama Hadis: 

- Yahya bin Ma`in: Pembohong
- Al-Bukhari: Munkarul Hadis
- Ibn Hibban: Salah seorang pemalsu hadis. Tidak halal menulis hadisnya melainkan dengan tujuan nak memberikan pengajaran tentang hadis beliau yang tidak baik. 

Jadi, hadis ini tergolong dalam kategori Dhoif berat. Tak mampu dijadikan sandaran dalam hujah.

3. Fatimah menjawab: Saya memang nak tidur.  Apa masalahnya? 

Kata-kata ini tidak wujud. Dan ia adalah kepalsuan yang disengajakan bagi mencantikkan gaya bahasa cerita. Ini biasa berlaku dalam ceramah. Sebab tu saya tak gemar dengan gaya ini. Ia telah mereka lafaz yang baru. dan ia palsu. 

4.  Rasulullah sebut: فَالْمُقَسِّمَاتِ أَمْرًا (Palsu- tiada nas berkaitan). 

Sebenarnya, Nabi tak sebutkan ayat 4 surah al-Zariat ini. Tapi mungkin Ustaz terlupa, jadi dia sebutkan ayat ini. Yang sebenarnya: 

Dikatakan Nabi berkata: ""Wahai anakku, bangun dan saksikanlah rezeki daripada tuhanmu. Janganlah jadi orang yang lalai. Allah membahagikan rezeki manusia pada waktu antara terbit fajar sehingga terbit matahari. "

5. Fatimah kata, jika sudah rezeki kita; tak larilah daripada kita. Kemudian Rasulullah kata: وَكَانَ الْإِنْسَانُ أكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلًا

Sampai ke tahap ini sebenarnya Hadis ini riwayat al-Bukhari dan Muslim. 

Kisahnya, Rasulullah datang ke rumah Fatimah dan Ali pada waktu malam sebelum subuh. Kemudian Rasulullah bertanya: Dah solat ka belum? (Maksudnya solat sunat pada malam hari). Kemudian Ali jawab:  "Wahai Rasulullah, sesungguhnya nyawa kita berada di tangan Allah, jika Dia berkenan, maka Dia akan membangunkan kita." Kemudian Rasulullah tinggalkan mereka. Kemudian Ali beritahu: Aku dengar suara Rasulullah bercakap sambil tak tengok aku: "keadaan manusia itu lebih banyak yang membantah!" 

Jadi, itu kisah yang sahih. 


----
Hadis kedua:
---
1- الصُّبحةُ تمنعُ الرِّزقَ

Hadis ini ada di dalam Syuab al-Iman juga. Disitu Imam al-Baihaqi kata: "Pada sanadnya ada Ishaq bin Abdullah bin Abi Farwah. Dia bersednirian dalam riwayat, dan terdapat percampuran dalam riwayat itu." Maksudnya, riwayat ini ada isu. 

Ishaq bin Abdullah bin Abi Farwah ini dikomentar oleh ulama hadis. 

  • Ibn Adi dan Al-Zahabi kata: Ibn Abi Farwah ini adalah seorang yang Matruk al-Hadis. 
  • Ibn Asakir kata: RIwayat ni pelik.
  • Al-Tahawi: Para pakar sanad mendhaifkan isnad  ini. 
  • Ibn Jauzi dalam al-Ilal Mutanahiyah dan al-Maudhuat kata hadis ini tak sahih.
  • Al-Saghani kata: Palsu
  • Syaikh Ahmad Syakir, Ibn Baaz, al-Albani kata: Isnadnya Dhaif jiddan - inilah pendapat yang saya fikir sesuai. 
  • Syaikh Syuaib al-Arnaouth lkataL Isnadnya Dhoif Jiddan, menyerupai palsu.

---
Bolehkah tidur lepas subuh?

1. Daripada sudut dalil agama, tiada tegahan. Maka ia kembali kepada asalnya, iaitu harus untuk tidur atau tidak. 

2. Jika perlu tidur, tidurlah. Seperti halnya Suhaib:

وخرج ابن أبي شيبة في مصنفه ( 5/223 رقم 25454 ) من حديث أبي يزيد المديني قال : غدا عمر على صهيب فوجده متصبّحاً ، فقعد حتى استيقظ ، فقال صهيب : أمير المؤمنين قاعد على مقعدته ، وصهيب نائم متصبّح !! فقال له عمر : ما كنت أحب أن تدع نومة ترفق بك .

Dari Abu Yazid al Madini, “Pada suatu pagi Umar pergi ke rumah Suhaib namun Suhaib sedang tidur pagi. Umar pun duduk menunggu sehingga Suhaib bangun”. Ketika bangun Suhaib berkomentar, “Amirul mukminin duduk menunggu sedangkan Suhaib tidur pagi”. Umar mengatakan, “Aku tidak suka jika kau tinggalkan tidur yang bermanfaat bagimu”. [Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah no 25454].

3. Tetapi amalan sunat yang ditinggalkan ketika itu. Iaitu Nabi akan tetap berada di Masjid sehingga terbit matahari.