17:57-19.00

وقال رضي الله عنه في حديث: (( إن الله ختم سورة البقرة بآيتين أعطانيهما من كنزه الذي تحت العرش، فتعلموهن، وعلموهن نساءكم وأبناءكم فإنهن صلاة وقرآن ودعاء))، قال: أي ينبغي تعليمهن ذلك وإن لم يمكن تُكتب وتعلق عليهم، وإن جمع لهم بين ذلك فحسن، وإن أمكن نزعه عند دخول الخلا فليفعل .

Page 27/

1.      

Sebenarnya Ustaz Zainul Asri sedang baca sebuah buku berjudul Tasbitul Fu’ad yang mengumpulkan rekod daripada pengajian Abdullah bin Alawi bin Muhammad al-Haddad.

Jadi, teks itu bukanlah teks atau kenyataan daripada Ustaz Zainul Asri. Melainkan ia sebenar-benarnya kenyataan daripada Al-Haddad.

Teks itu menyebutkan:

وقال رضي الله عنه في حديث: (( إن الله ختم سورة البقرة بآيتين أعطانيهما من كنزه الذي تحت العرش، فتعلموهن، وعلموهن نساءكم وأبناءكم فإنهن صلاة وقرآن ودعاء))، قال: أي ينبغي تعليمهن ذلك وإن لم يمكن تُكتب وتعلق عليهم، وإن جمع لهم بين ذلك فحسن، وإن أمكن نزعه عند دخول الخلا فليفعل .

Jadi, dalam rekod berkenaan – Al-Haddad merekodkan hadis Dhoif ringan yang masih boleh dipertimbngkan dalam Fadhail al-Amal.

Hadis itu wujud dalam rekod pelbagai ulama seperti Misykah al-Masabih, Targhib wa Tarhib, dan sebagainya. Ramai tertinggi di sini ialah Abu Dzar al-Ghiffary.

Ia jadi Dhoif sebab salah seorang perawi di dalam rekod ini bernama Abdullah bin Soleh bermasalah pada ingatan. Kurang baik ingatannya.

Secara umumnya, hadis ini bermaksud:

“Allah menutup surah al-Baqarah dengan dua ayat yang diberikan kepada aku, yang merupakan harta simpanannya di bawah Arasy. Oleh itu, belajar dan ajarkanlah kepada isteri dan anak-anak kalian. Kerana kedua-dua itu adalah solat, quran dan doa.”

Tiada masalah banyak pada hadis Dhoif itu. Ia bukan dalam kategori yang sangat merisaukan. Apatah lagi, amalan di dalam hadis ini ialah mempelajari ayat al-Quran dan mengajarkannya – yang telah sabit daripada hadis-hadis sahih.

 

Yang menjadi isunya di sini ialah; apabila Ustaz Zainul Asri membaca kenyataan Imam al-Haddad: “Sudah sepatutnya ayat-ayat itu diajarkan. Sekiranya tak mampu, maka ditulis dan digantungkan kepada mereka. Sekiranya dapat dibuat kedua-duanya (diajarkan dan dgantung) itu lebih baik. Sekiranya dia boleh menanggalkan gantungan itu sebelum masuk ke tempat buang air, maka lakukanlah.”

 

Jadi – ini yang menjadi keresahan sebahagian sahabat. Secara jelas, ia mengajar untuk membuat tangkal. Sehingga sebahagian sahabat kita kata, ini adalah perbuatan syirik.

Nabi SAW bersabda dalam hadis sahih:

إن الرقى والتمائم والتوَلة شرك

Jampi, tangkal dan pengasih adalah syirik.

(Sahih Ibn Hibban: 6090)

من علق تميمة فقد أشرك

Sesiapa yang memakai tangkal, dia telah syirik.

(Imam Ahmad dalam Musnad)

Perbahasannya begini:

1 – Urusan tangkal ini ada dua bahagian. Pertama, bahagian yang sepakat, kedua bahagian yang tak disepakati.

Bahagian yang disepakati ialah: Semua tangkal yang menulis ayat-ayat yang tak difahami, doa-doa yang tak difahami seperti wafa’ dan tangkal orang melayu lama, ia adalah syirik. Ini sepakat.

Bahagian yang tak disepakati pula ialah: Tangkal yang ditulis padanya ayat-ayat al-Quran. Ha, yang ni ulama berbeza pendapat kepada dua pendapat utama.

1 – Minoriti Salaf termasuk Aisyah, Abu Ja`far al-Baqir, Abdullah bin Amru bin Al-As. Mereka mengharuskan tangkal yang ditulis padanya ayat al-Quran. Kiranya, sama seperti yang disebutkan oleh Imam al-Hadad. Bahkan, Ibn Qayyim juga cenderung kepada pendapat ini.

2- Majoriti para ulama Salaf termasuk tokoh fikah sahabat iaitu Ibn Mas`ud dan Ibn Abbas, Huzaifah, `Uqbah bin Amir, Ibnu Ukaim dan sebagainya. Mereka melarang perbuatan memakai tangkal secara umum.

Kata ulama minority;

Nabi memang larang jampi, tangkal dan pengasih secara umum, tapi kan ada hadis nabi bagi pengecualian jika tak bawa kepada syirik maka harus.

Diriwayatkan daripada Auf bin Malik al-Asyja’ie R.A, katanya:

كُنَّا نَرْقِى فِى الْجَاهِلِيَّةِ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ تَرَى فِى ذَلِكَ فَقَالَ: اعْرِضُوا عَلَىَّ رُقَاكُمْ لاَ بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ شِرْكٌ

Maksudnya:  “Kami menjampi ketika jahiliyah. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, apa pendapatmu dalam hal itu? Lalu Rasulullah menjawab: “Tunjukkan kepadaku jampi kamu itu.” (Baginda bersabda kemudian) “Tidak mengapa dengan jampi asalkan saja tidak ada padanya syirik (mempersekutukan Allah).”

Riwayat Muslim (5862)

Balas ulama majority:

Nabi larang secara umum. Kemudian hadis yang datang hanya mengkhususkan jampi – bukan khususkan pada tangkal dan pengasih. Jadi kalua kita cari hadis nabi yang membolehkan tangkal asalkan tak syirik, memang tak jumpa.

Kaedah fikah sebut: , Yang Umum kekal umum, sehingga datang dalil mengkhususkannya.

Sehingga ulama semisal ibn Arabi kata:

 وتعليق القرآن ليس من السنة وإنما السنة فيه الذكر دون التعليق .

Gantung tangkal dengan al-Quran bukan sunah. Yang Sunnah ialah zikir, bukan dengan tangkal.

Para ulama moden yang menyokong pendapat ini pula kata ini adalah Saddu Zarai`. Nak halang orang kita daripada melakukan perkara syirik pula. Yelah, sudahlah kefahaman kurang dalam keadaan tangkal mangkal yang tak syarie begitu banyak. Akhirnya tak dapat beza, lalu terjerumus. Dan itulah hakikatnya yang berlaku.

Berikut ini pengalaman saya:

 

 

Jadi, kita faham di sini – ada dua pendapat. Anda pilih yang mana? Ini masih dalam khilaf yang terkawal.