Kata Ustaz Kazim:

Nabi dah pesan kepada kita. 2 waktu, jangan tidur. 2 Waktu yang kalua boleh elak- sesangat-sangat elak, yang pertamanya; selepas solat asar. Mengantuk macam manapun, jangan tidur. Kerana tidur selepas asar ini adalah alamatul junun – tanda-tanda nak jadi gila.

Ulasan:

Hadis ini tidak sahih. Ia tiada asal dalam buku-buku hadis. Tidak boleh meriwayatkan hadis ini melainakn dengan tujuan untuk memberitahu kepalsuannya. Tidak boleh juga mengatakan ia daripada Rasulullah kerana termasuk berdusta atas nama Nabi dengan sengaja.

Tidak ada hadis yang sahih mahupun hasan berkaitan larangan tidur selepas Asar.

Hadis yang paling hampir ialah hadis berikut:

مَنْ نَامَ بَعْدَ الْعَصْرِ فَاخْتَلَسَ عَقْلُهُ ، فَلَا يَلُومَنَّ إِلَّا نَفْسَهُ

Sesiapa tidur selepas asar, kemudian hilang akalnya – maka jangan salahkan melainkan diri sendiri.

[Direkodkan oleh Abu Ya`la, Ibn Hibban dalam al-Majruhin dan Ibn Adi di dalam al-Kamil]

Pun begitu, hadis ini juga bermasalah – ia tidak sahih.

Ada tiga jalan bagi hadis ini.

Pertama:

Daripada Ibn Lahi`ah, daripada Amru bin Syu`aib daripada bapanya (Muhammad) daripada datuknya (Abdullah bin Amru bin Al-As) daripada Rasulullah.

Komentar:

·         Riwayatnya bercampur di akhir usianya maka sekumpulan para ulama’ mendhaifkannya disebabkan itu melainkan perawi yang mengambil hadith daripadanya sebelum hadithnya bercampur. [Lihat: al-Tahzib dan Mizan al-‘Itidal]

·       Kedua:

Daripada Ibn Lahi`ah, daripada Uqail, daripada Makhul, daripada Nabi SAW.

Komentar:

Ada kisah menarik tentang riwayat Ibn Lahi`ah ini yang direkodkan di dalam kitab Al-Kamil fi Dhu`afa’ al-Rijal. Anda juga boleh rujuk riwayat pertama tadi yang mengatakan Al-Lais sendiri meriwayatkannya. Sedangkan palsu.

Marwan bercerita: Aku pernah melihat Al-Lais bin Sa`ad tidur selepas Asar pada bulan ramadhan. Aku pun bertanya: Wahai Abu Haris, kenapa engkau tidur selepas Asar? Sedangkan telah diriwayatkan daripada Abin Lahi`ah, daripada Uqail, daripada Makhul, daripada NABI SAW bahawa “Sesiapa tidur selepas Asar kemudian hilang akalnya, maka jangan salahkan melainkan dirinya sendiri.”? Al-Lais menjawab: Tiada manfaat bagiku pada hadis Ibn Lahi`ah daripada Uqail.

Ketiga;

Daripada Khalid bin al-Qasim, daripada Al-Lais bin Saad, daripada Uqail, daripada al-Zuhri daripada Urwah daripada Aisya, daripada Rasulullah.

Komentar:

Perawinya iaitu Khalid bin Qasim bermasalah.

  • Ibn Rahawaih dan al-Sa`dani berkata: Khalid bin al-Qasim adalah seorang pembohong.
  • Al-Bukhari dan al-Nasaie berkata: Matruk
  • Ibn Hibban: Tidak halal merekodkan hadisnya.

Jadi, hadis ini dalam kategori Dhoif berat apabila perawinya dilabel sebagai seorang penipu, matruk dan tidak halal merekodkan hadis tentangnya. Sehingga Imam Ibn Jauzi merekodkannya di dalam buku “Kumpulan Hadis-Hadis Palsu (Al-Maudhu`at)

Fakta:

·         Ibn Lahi`ah: lahir pada tahun 96H, Imam al-Lais pula pada tahun 94H. Ibn Lahi`ah meninggal pada 174H, al-Lais pula pada 175H. Jadi, mereka ini sezaman dan sebaya. Umur mereka hanya beza 2 tahun sahaja.

·         Jika kita lihat kesemua riwayat ini, ia hanya berlegar antara Ibn Lahi`ah dan Khalid bin al-Qasim sahaja. Sehingga Ibn Jauzi di dalam Al-Maudhu`at berkata: Khalid ini penipu. Manakala riwayat Ibn Lahi`ah pula adalah diambil oleh Khalid dengan disandarkan kepada Al-Lais.

 

 

Kesimpulan:

Tiada hadis sahih dalam bab ini. Cuma daripada sudut hukum fikah khusus, ia merujuk kepada sains kesihatan dengan perbezaan masa, tempat dan keadaan.

Jika para pengkaji sains mengatakan ia tidak baik untuk kesihatan kepada orang-orang tertentu, maka hukum makruh atau haram tertakluk kepada sifat-sifat orang yang dinyatakan. Tetapi jika tiada, maka ia kekal harus seperti halnya keadaan makan, minum, berjalan dan berlari.

Sebahagian para ulama memakruhkan tidur selepas Asar kerana hal ini.

Kata Imam Ahmad:

يكره أن ينام بعد العصر يخاف على عقله» (انظر «غذاء الألباب في شرح منظومة الآداب»)