Benarkah ‘YouTuber’ ini sibuk mengatakan ‘Ustaz ini amal hadis palsu’??

  • Tidak benar. Sila rujuk video-video saya. Buktikan saya kata, “Ustaz ini mengamalkan hadis Palsu”
  • Sebenarnya, bab amalan dengan hadis palsu – tiada isu yang besar pada saya. Isu yang besar ialah ‘mengapa ia disandarkan kepada Rasulullah’?
  • Saya pernah memuji Ustaz Muhaizad di dalam isu cicip garam sebelum makan. Ustaz menyebutkan bahawa dia tidak tahu. Lalu dia menyebutkan amalan yang dia dengar dan kelebihan garam tanpa disandarkan kepada Nabi SAW. 
  • Sebenarnya, kita kena berdisiplin di dalam menyampaikan info. Apatahlagi apabila ia berkaitan dengan Rasulullah. Contohnya: Mat Piah kata: dulu dia pernah bertemu Albert Enstain, dan dia kata: “TikTok banyak meruntuhkan akhlak muda-mudi kita.” Mungkin kita boleh bersetuju dengan kenyataan itu, tetapi kita tak boleh bersetuju ia adalah kata-kata albert enstain. Ia palsu. Zaman Albert belum ada internet, apatah lagi TikTok! Jangan kata Albert kasyaf pulak!
  • Contoh Islamik sikit: Hadis “Iman bertambah dan berkurang” – jika dikatakan ini adalah hadis, maka semuanya palsu. Tetapi jika kata ini adalah kaedah yang dirumuskan ulama di dalam memberikan jawapan dan fatwa, maka ia sahih. 
  • Apa beza ucapan manusia dengan ucapan nabi? Ucapan Nabi membawa implikasi di dalam agama. Nabi dah pesan
Nabi Suruh Hati-Hati

إنَّ كَذِبًا عَلَيَّ ليسَ كَكَذِبٍ علَى أَحَدٍ، مَن كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ. 
Berbohong atas namaku tak sama dengan berbohong atas nama orang lain. Sesiapa yang berbohong atas namaku secara sengaja, maka bersiap sedialah dengan kerusi daripada api neraka. 

الراوي : المغيرة بن شعبة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري | الصفحة أو الرقم : 1291 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Kata Ibn Hibban?

 قال الإمام ابن حبان في صحيحه: (‌‌فَصْلٌ ‌ذِكْرُ ‌إِيجَابِ ‌دُخُولِ ‌النَّارِ لِمَنْ نَسَبَ الشَّيْءَ إِلَى الْمُصْطَفَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ غَيْرُ عَالِمٍ بِصِحَّتِهِ(
  • Fasal: Menyebutkan kewajipan masuk neraka kepada sesiapa yang menisbahkan sesuatuy epada Mustafa SAW sedangkan dia tidak tahu kesahihannya. 
  • Kitab: Sahih Ibn Hibban, Jilid 1, halaman 21. hadis 28
  • Selepas beliau letakkan tajuk bab ini, beliau terus masukkan hadis “berbohong atas nabi dengan sengaja
Kata beliau…‘Takkan sandaran kitab ulama kita tak boleh pakai’??
Seperti yang kita maklumkan, kita tidak menkritik peribadi, tetapi kita menkritik konten. 
  • Para ulama sudah bertukus lumus di dalam menyampikan ilmu tetapi kadang-kadang ada juga yang terlepas. Apatah lagi, kita – lebih banyak!
  • Tetapi kesilapan itu bukan untuk diteruskan. Tetapi untuk diperbaiki dan terus dipertingkatkan kualitinya. 
  • Dr. MOHD. KHAFIDZ BIN SORONI sebut dalam blognya pada 26/12/2013:
‘Hairan ada Hadis Palsu dalam Kitab?’ – Dr. Khafidz Soroni: http://sawanih.blogspot.com/2013/12/tak-pelik-ulama-terguna-hadis-palsu.html

Berpanutlah pada Kata Rasulullah!

يا أيُّها النَّاسُ، إيَّاكم وكَثرةَ الحديثِ عنِّي، مَن قال علَيَّ فلا يَقولَنَّ إلَّا حَقًّا -أو صِدقًا-، فمَن قال علَيَّ ما لم أقُلْ، فليَتبَوَّأْ مَقعدَه مِن النَّارِ.
Wahai umat manusia! Berhatihatilah kamu dalam banyaknya kata-kata tentangku. Sesiapa yang menyebutkan sesuatu atas diriku, benar-benar jangan katakan kecuali yang benar sahaja. Sesiapa yang yang dakwa tentangku padahal aku tidak katakan, maka siap sedialah dengan kerusi daripada api neraka. 
الراوي : أبو قتادة الحارث بن ربعي | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند | الصفحة أو الرقم : 22538 | خلاصة حكم المحدث : إسناده حسن | التخريج :أخرجه ابن ماجه (35)، وأحمد (22538) واللفظ له

Perlu Bertemu, Supaya Tidak Aib?

  • Ini zaman moden. Zaman yang sesiapa sahaja boleh berhujah dan menulis hujahnya. Boleh dipertikaian dan dikritik hujah itu ‘word-by-word’. Mengapa perlu lagi bertemu?
  • Apatah lagi, jika pertemuan sekalipun, ia tidak akan merubah fakta. 
  • Kalau untuk bersilaturrahm, tiada masalah. Lagipun, kritikan yang kita berikan bukan bermaksud peribadi..
  • Ada ramai yang kritik saya, tidak jumpa saya pun. =)
  • Kritikan kepada seseorang bukanlah tanda aib. Melainkan ia tanda kesilapan telah berlaku (jika benar). Lalu, jika kita tahu kita silap, kita betulkan atau tidak mengulanginya. Itulah pendirian yang tepat pada menilai kebenaran.