Fatwa Syaikh Atiyyah Saqar

Seorang ulama besar Al-Azhar yang pernah menjadi Ketua Jawatankuasa Fatwa Mesir. Beliau ditanya:

هَل ‌حَرَامٌ أَنْ ‌يَقْرَأَ ‌الْإِنْسَانُ فِي الصلاة سورة المسد؟

Adakah haram membaca Surah al-Masad di dalam Solat?

Beliau menjawab:

 ‌لَم ‌يَرِدْ ‌دَليلٌ يمنع قراءة المسد فى الصلاة، فَالْقُرْآنُ ‌كُلّهُ كلام الله يتلى فى كل حين، سواء أكان داخل الصلاة أم خارجها، وعاطفة بعض الناس التى تقول: إن الرسول صلى الله عليه وسلم ‌يتأذى ‌من ‌قراءتها لأنها فى حق عمه أبى لهب -عاطفة لا وزن لها أبدا، فما لقيه الرسول صلى الله عليه وسلم منه لم يلقه من أحد من أقاربه، ولم يرد عنه أنه لم يقرأها فى الصلاة أو أنه نهى الناس عن قراءتها فيها

Tiada ditemui satu dalil pun yang menghalang membaca surah al-Masad di dalam Solat. Al-Quran seluruhnya adalah Kalamullah yang dibaca setiap waktu. Sama ada di dalam solat atau di luar solat. Dengan emosinya sebahagian orang berkata: “Sesungguhnya Rasulullah disakiti dengan bacaan surah al-Masad kerana ia berkaitan bapa saudaranya Abu Lahab” – ini adalah emosi yang tiada sebarang pertimbangan! Hubungan Rasulullah dengan Abu Lahab tidak sama seperti ahli keluarganya yang lain. Bahkan, tidak wujud satu pun hadis yang menyatakan baginda tidak membaca al-Masad di dalam solat apatah lagi melarang orang daripada membacanya.”

Rujuk: Fatwa Darul Ifta’ Mesir.

Syaikh Mustafa Al-Adawi

Ini pula kenyataan daripada Syaikh Mustafa Al-Adawi di dalam Silsilah Tafsir. Halaman 108, jilid 7.

حكم قراءة سورة ‌المسد ‌في ‌الصلاة

Hukum membaca Surah al-Masad di dalam Solat.

بعض الناس يكره القراءة بسورة (تَبَّتْ) في الصلوات! ولا نعلم لهذه الكراهية مستنداً، لا من كتاب الله ولا من سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم، فهي سورة كسائر سور القرآن، الحرف منها بعشر حسنات كالحرف من غيرها، ولا داعي لوسوسة موسوس وتشغيب مشغب بلا دليل من كتاب الله أو من سنة رسول الله صلى الله عليه وعلى آله وسلم.

Sebahagian orang menyatakan makruh membaca surah Tabbat di dalam solat! Aku tidak tahu sebarang sandaran pada kemakruhan ini. Tiada sandaran daripada Kitabullah ataupun Sunnah Rasulullah SAW! Surah ini sama seperti surah lain di dalam al-Quran. Satu hurufnya  mendapat 10 kebaikan sepertimana ayat lain. Tidak boleh memberikan keraguan serta kekeliruan tanpa adanya dalil daripada Kitabullah ataupun Sunnah Rasulullah!

Rujuk: Silsilah Tafsir, jilid 7.

Sabab Wurud

Surah al-Masad adalah antara surah yang terpenting dia dalam mensabitkan kenabian Nabi Muhammad SAW. Bahkan, ia membawa berita kebenaran kenabian Nabi Muhammad.

Di dalam Sahih Al-Bukhari, Abdullah bin Abbas bercerita:

صَعِدَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّفَا ذَاتَ يَوْمٍ، فَقَالَ: «يَا صَبَاحَاهْ»، ‌فَاجْتَمَعَتْ ‌إِلَيْهِ ‌قُرَيْشٌ، قَالُوا: مَا لَكَ؟ قَالَ: «أَرَأَيْتُممْ لَوْ أَخْبَرْتُكُمْ أَنَّ العَدُوَّ يُصَبِّحُكُمْ أَوْ يُمَسِّيكُمْ، أَمَا كُنْتُمْ تُصَدِّقُونِي؟» قَالُوا: بَلَى، قَالَ: «فَإِنِّي نَذِيرٌ لَكُمْ بَيْنَ يَدَيْ عَذَابٍ شَدِيدٍ» فَقَالَ أَبُو لَهَبٍ: تَبًّا لَكَ، أَلِهَذَا جَمَعْتَنَا؟ فَأَنْزَلَ اللَّهُ: {تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ} [[المسد: ١]

Suatu hari Rasulullah SAW menjat bukit Sofa. Kemudian baginda menyeru “Ya Sabahah!” Lalu orang Quraisy pun berkumpul kepadanya. Mereka bertanya: Kenapa dengan kamu ni? Baginda menjawab: “Apa pandangan kamu jika akau beritahu bahawa musuh akan segera menyergah kalian. Adakah kamu akan percayakanku?”  Mereka berkata: Bahkan Ya. Baginda berkata: “Aku ini adalah pemberi peringatan kepada kamu. Di hadapanku akan ada azab yang pedih.” Lantas Abu Lahab berkata: Celaka engkau! Sebab ini engkau kumpulkan kami?!” Kemudian Allah turunkan ayat, “Celakalah kedua-dua tangan Abu Lahab.”

Rujuk: Sahih Al-Bukhari

Mari Berfikir

1.       Ayat ini menyakiti baginda Nabi lalu tidak dibaca pada waktu yang paling mulia al-Quran dibaca? Sedangkan tiada sebarang dalil dan bukti sepertimana yang telah dinilai oleh para ulama kita.

2.       Kenyataan ini adalah kesan emosi yang diada-adakan sahaja. Ini satu exaggerating: to magnify beyond the limits of truth.

3.       Jika kita terima bahawa ayat ini menyakiti Nabi, maka akan berlaku larangan daripada membaca banyak ayat al-Quran. Bukan sekadar bacaan surah al-Masad. Surah Abasa juga. Bahkan, Nabi-nabi lain juga terlibat. Tak bolehlah baca surah Maryam kerana menyakiti Nabi Ibrahim  dan bapanya yang tidak Islam, walaupun menentang agama! Tak boleh juga baca ayat-ayat yang megisahkan Nabi Nuh dan Lut kerana isteri-isteri mereka tidak Islam dan menentang agama dan sebagainya! Semua ini adalah MUSRTAHIL!

4.       Anggapan dan kempen Makruh ini akhirnya membawa kepada kita memilih-milih untuk meninggalkan bacaan ayat-ayat tertentu di dalam solat. Ini kempen untuk orang dekat dengan al-Quran ataupun nak jauhkan orang daripada al-Quran?

5.       Allah sebutkan nama-nama Firaun, Haman, Qarun Abu Lahab – Siapakah mereka ini? Mereka ini penjenayah besar! Musuh-musuh Allah! Yang menzahirkan permusuhan dengan Allah! Berperang dengan agama! Maka mereka tidak layak dimuliakan dengan keistimewaan pengecualian di dalam al-Quran.

6.       Jika mengatakan ia menyakiti Nabi, maka ia tidak akan hanya di dalam solat, bahkan di luar solat. Adakah hanya di tempat mulia seperti waktu solat sahaja Nabi akan disakiti?

7.       Bahkan lebih daripada itu, jika ia menyakiti Nabi sehingga kita diminta untuk beradab, adakah kita mengatakan Allah yang menurunkan ayat itu sengaja membiarkan Nabi dipermalukan sepanjang zaman? Adakah Allah tidak beradab?! Ini Kata-kata Mustahil!

8.       Bapa saudara Nabi yang bernama Abu Lahab adalah manusia yang jelas-jelas telah kafir dan menentang dakwah baginda. Saya bimbang, ucapan ini bukan mahu menjaga adab dengan Nabi tetapi menjaga adab dengan Abu Lahab.

9.       Di dalam al-Quran, Allah biasanya tak sebut nama orang kerana menfokuskan isu-isu yang sebenar. Tetapi hal Abu Lahab disebutkan namanya yang masyhur di dalam ayat khusus. Ini menunjukkan pertalian yang Allah mahukan ialah pertalian akidah. Ia lebih besar dan lebih mulia berbanding pertalian kekeluargaan.

10.   Apakah Maksud Makruh?

Daripada sudut hukum, makruh ialah:

هو ما طلب الشرع تركه طلباً غير جازم

Syarak menuntut untuk meninggalkannya, tanpa tuntutan yang terlalu tegas.

Baik, Syarak ialah dalil. Sila buktikan, dalil manakah yang melarang sedangkan dalil umum sangat jelas.

Nabi SAW bersabda dalam Sahih Ibn Hibban, Syeikh Syuaib menyatakan Sanadnya Kuat:

إِذَا ‌اسْتَقْبَلْتَ ‌الْقِبْلَةَ ‌فَكَبِّرْ ثُمَّ اقْرَأْ بِأُمِّ الْقُرْآنِ ثُمَّ اقْرَأْ بِمَا شِئْتَ

Apabila kamu sudah menghadap kiblat, bertakbirlah. Kemudian bacalah Ummul Quran. Kemudian bacalah ayat yang kamu mahu.

Jika tiada dalil makruh ataupun haram, maka ia kembali kepada dalil asal iaitu SUNAT. Tiada yang boleh mengkuarantinkan arahan Nabi melainkan dengan hujah yang syarie. Tiada pengecualian (Al-Istisnaiyat) melainkan datang daripada Allah dan Rasul-Nya.