Hari ini kita akan dedahkan semaksima mungkin dalil yang dikeluarkan oleh pihak yang mengatakan peha bukan aurat. Kemudian kita berikan penilaian dan kritikan kepada setiap dalil-dalil berkenaan. insyaAllah. 

Dalil bagi peha adalah aurat ada dalam perbincangan hujah ke 5. Nantikan!

Ini perbincangan akademik, dan ia ada sedikit panjang berbanding perbincangan-perbincangan sebelum ini. Jadi, saya letakkan timeline diruang description. Kalau anda malas nak perbincangan sanad, anda boleh skip sahaja!

Satu lagi! kalau setakat nak tengok tajuk lepas tu nak mengata orang ini dan itu, hang pi jauh! Ini bukan tempat untuk mengata orang itu dan ini. Perbincangan ini adalah perbincangan para ulama-ulama silam, sehingga hari ini. Kelia?

Okey. Sebelum itu juga, saya nak sebutkan bahawa; tujuan saya buat video ini bukanlah nak bagitahu kepada orang bahawa saya ini anti juga kepada Dr. Rozaimi. Atau saja nak bagi syarat supaya orang kata dia tak taksub dengan Rozaimi Ramlee. 

Tidak. Saya tak buat video ini kerana itu. Tetapi saya buat video ini atas permintaan daripada beberapa orang sahabat saya berkaitan isu ini. Mereka agak keliru dengan isu ini. Jadi saya buat video ini. Dah memang channel saya, ialah chanel react. Jadi, insyaAllah saya sentiasa berusaha memenuhi permintaan subscriber-subscriber saya yang budiman. Ya, seperti anda! 

Satu lagi perkara penting. Hai, banyak eh satu! 

Saya ada baca dalam satu penulisan Ustaz Masri hafizahullah. Beliau ada menulis satu penjelasan panjang berkaitan isu ini apabila ramai asatizah kondem Dr Rozaimi. Kemudian dia sebut pada part last sekali: dia pernah panjangkan isu ini semula kepada Dr. Rozaimi tetapi Dr Rozaimi kata dia tak mahu panjangkan cerita lagi.

Jadi, untuk berlaku adil – kita kata, kita tak perlu jawapan daripada Dr Rozaimi untuk video ini. Tetapi kita buat supaya ilmu kita bertambah, insyaAllah!!!!! Tapi kalau nak jawab, silakan….

Okey, Siapakah kumpulan yang kata peha tak aurat ini dan siapa pula kata peha ni aurat? Adakah geng Rozaimi saja? Atau ada ulama silam yang telah berpandangan seperti ini?

Yang kata peha ialah aurat ialah jumhur ulama. Maksudnya majoriti ulama kata, peha adalah aurat. Yang hangpa dok ikut la ni tu, ikut jumhurlah tu. Yang tak ikut tu, depa ikut minoriti ulama. Bukan minoriti juhalak macam kita. 

Kata Al-Aini rahimahullah:

أما القوم الذين ذهبوا إلى أن الفخذ ليس بعورة فهم : محمد بن عبد الرحمن بن أبي ذئب ، وإسماعيل بن علية ، ومحمد بن جرير الطبري ، وداود الظاهري ، وأحمد في رواية ، ويروى ذلك أيضا عن الإصطخري من أصحاب الشافعي ، حكاه الرافعي عنه ،

Adapun para ulama yang berpendapat bahawa paha bukan aurat ialah: Muhammad bin Abdul Rahman bin Abi Zi’bi (Seorang Tabiin), Ismail bin ‘Ulayyah (Seorang ulama hadis besar), Muhammad bin Jarir at-Thabari  (Pengarang Tafsir al-tabari), Daud az-Zahiri, dan Imam Ahmad dalam salah satu riwayat. Diriwayatkan juga hal ini daripada Abu Sa’id al-Istakhri yang merupakan ulama mazhab Syafie, ia diriwayatkan oleh Imam al-Rafie daripada beliau.

Jadi jelas, bukan Rozaimi Ramlee sahaja. Bahkan, saya tengok Dr Rozaimi juga tidak membentangkan kesemua hujah. Jadi, saya bentangkan hujah-hujah mereka satu persatu. 

Antara perbincangan yang paling padat dan padu yang saya pernah baca ialah perbincangan daripada Ibn Hazmin Al-Andalusi al-Zohiri dalam Muhalla.

Eh, jangan pula kata: Ah, dia ni Zohiri – jadi, tak perlu gunakan hujah dia. Macam ni sahabat, di al-Azhar saya diajar untuk membentangkan kesemua hujah ulama sebelum membuat kesimpulan. Bahkan, dalam kuliah kami tak ada pula guru-guru kami yang melarang untuk membentangkan hujah Zohiri. Bahkan, mereka sendiripun bentangkan hujah Zohiri. Tujuannya adalah untuk menilai. 

Kalau hujahnya selekeh, sekejap saja boleh cantas. So, nak takut apa?

Okey jom kita tengok hujah-hujah mereka… 

Hujah Pertama: Hadis Anas riwayat al-Bukhari.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَزَا خَيْبَرَ، فَصَلَّيْنَا عِنْدَهَا صَلَاةَ الغَدَاةِ بِغَلَسٍ، فَرَكِبَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَكِبَ أَبُو طَلْحَةَ، وَأَنَا رَدِيفُ أَبِي طَلْحَةَ، فَأَجْرَى نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي زُقَاقِ خَيْبَرَ، وَإِنَّ رُكْبَتِي لَتَمَسُّ فَخِذَ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ ‌حَسَرَ ‌الإِزَارَ ‌عَنْ ‌فَخِذِهِ حَتَّى إِنِّي أَنْظُرُ إِلَى بَيَاضِ فَخِذِ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ،

Anas bin Malik meriwayatkan Rasulullah s.a.w. pergi ke Khaibar untuk berperang. Anas berkata: Kami solat subuh di Khaibar pada awal waktu subuh. Selepas itu Nabi s.a.w. dan Abu Thalhah menaiki kenderaan masing-masing. Aku membonceng Abu Thalhah. Nabi s.a.w. memecut (kenderaannya) di satu lorong Khaibar. Lututku (ketika itu) betul-betul menyentuh paha Nabi s.a.w. Kemudian baginda menyelak kain dari pahanya sehingga aku nampak putihnya paha Nabi s.a.w. [Sahih al-Bukhari]

Penjelasan:
- Hadis ini menunjukkan secara jelas bahawa Nabi menyelak kain sehingga nampak peha. Jika peha adalah aurat, nescaya Nabi tidak akan melakukannya. Nabi tak akan selak.

Ibn Hazm al-Andalusi di dalam kitab Muhalla bil Athar mengatakan:

فَصَحَّ أَنَّ الْفَخِذَ لَيْسَتْ عَوْرَةً وَلَوْ كَانَتْ عَوْرَةً لَمَا كَشَفَهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَنْ رَسُولِهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - الْمُطَهَّرِ الْمَعْصُومِ مِنْ النَّاسِ فِي حَالِ النُّبُوَّةِ وَالرِّسَالَةِ؛ وَلَا أَرَاهَا أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ، وَلَا غَيْرَهُ،

Maka benarlah bahawa peha itu bukanlah aurat. Jika ia aurat, nescaya Allah akan melindunginya daripada terselak dari Rasulullah SAW yang suci dan maksum dari dilihat oleh manusia ketika dalam proses kenabian dan risalah. Pastinya Anas bin Malik dan selainnya tidak dapat melihat peha baginda. 
[Al-Muhalla: Jilid 2, muka surat 242]

Jadi, bagi beliau – peha bukan aurat berdasarkan hadis ini. 

Jawapan:
Di dalam kitab Al-Majmu`, Imam al-Nawawi rahimahullah syarah hadis ini: 

فَهَذَا مَحْمُولٌ عَلَى أَنَّهُ انْكَشَفَ الْإِزَارُ وَانْحَسَرَ بِنَفْسِهِ لَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعَمَّدَ كَشْفَهُ بَلْ انْكَشَفَ لِإِجْرَاءِ الْفَرَسِ وَيَدُلُّ عَلَيْهِ أَنَّهُ ثبت في رواية في الصحيح فانحسر الْإِزَارُ

Boleh jadi terselaknya kain baginda adalah dengan sendirinya, bukan kerana Nabi SAW sengaja menyelaknya. Bahkan ia terselak kerana kesan pemanduan. Buktinya, sabit di dalam riwayat kitab Sahih (Muslim) perkataan “Tersingkapnya kain”. (فانحسر الْإِزَارُ)

Tambahan info: Wazan Kata Kerja (انفعل) memberi makna; ia menerima tindak balas daripada sesuatu. Contoh: قَطَعْتُ التُّفَاحَ فَانْقَطَعَ bermaksud ‘Saya telah potong epal itu, dan ia terpotong’.

Jadi, dapat difahami daripada perkataan “انحسر” ialah ia terselak, kesan daripada menunggang kuda. Jadi, ia bukanlah sengaja. Maka ketidaksengajaan tidak boleh dijadikan hukum. Dan hadis ini tidak kukuh untuk membuktikan bahawa Peha bukan aurat sekalipun hadisnya Sahih.

Jawapan Balas:

Ibnu Hajar di dalam kitabnya al-Diraayah menjawab :

لا فرق في نظري بين الروايتين من جهة أنه صلى الله عليه وسلم لا يُقَرّ على ذلك لو كان حراماً فاستوى الحال بين أن يكون حسره باختياره أو انحسر بغير اختياره

“Tidak ada bezanya dalam pandanganku antara dua riwayat tersebut dari sisi bahwasannya baginda SAW sendiri tidak membezakannya. Seandainya hal itu haram, maka sama saja keadaannya antara baginda menyelaknya dengan sengaja, atau terselak tanpa beliau sengaja” [Ad-Diraayah, 2/227]..

Jawab kepada jawapan Balas:

Pada pandangan Ibn Hajar ia tiada beza. Tetapi pandangan Imam al-Nawawi mengatakan ada beza. Dua orang ini tokoh dalam satu tahap. Cuma perbezaan itu hanya daripada sudut bentuk sahaja. Manakala makna, kedua-duanya sama. Iaitu terselak. Dan perbuatan tidak sengaja, tidak boleh dijadikan hukum dalam hal seperti ini. Apatah lagi, ia berada jauh daripada kemampuan Nabi untuk mengelaknya. Tengah bawa laju-laju, terselak kain – nak buat macam mana?

WallahuAlam. 

Okey, itu hujah pertama. Kita ada penjelasan, jawapan kepada penjelasan, jawapan kepada jawapan penjelasan dan jawapan kepada jawapan kepada jawapan…. Okey….Kita terus kepada hujah kedua pula.

Hujah Kedua: Hadis Aisyah dalam Sahih Muslim.

أَنَّ عَائِشَةَ، قَالَتْ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‌مُضْطَجِعًا ‌فِي ‌بَيْتِي، ‌كَاشِفًا ‌عَنْ ‌فَخِذَيْهِ، أَوْ سَاقَيْهِ، فَاسْتَأْذَنَ أَبُو بَكْرٍ فَأَذِنَ لَهُ، وَهُوَ عَلَى تِلْكَ الْحَالِ، فَتَحَدَّثَ، ثُمَّ اسْتَأْذَنَ عُمَرُ، فَأَذِنَ لَهُ، وَهُوَ كَذَلِكَ، فَتَحَدَّثَ، ثُمَّ اسْتَأْذَنَ عُثْمَانُ، فَجَلَسَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَسَوَّى ثِيَابَهُ - قَالَ مُحَمَّدٌ: وَلَا أَقُولُ ذَلِكَ فِي يَوْمٍ وَاحِدٍ - فَدَخَلَ فَتَحَدَّثَ، فَلَمَّا خَرَجَ قَالَتْ عَائِشَةُ: دَخَلَ أَبُو بَكْرٍ فَلَمْ تَهْتَشَّ لَهُ وَلَمْ تُبَالِهِ، ثُمَّ دَخَلَ عُمَرُ فَلَمْ تَهْتَشَّ لَهُ وَلَمْ تُبَالِهِ، ثُمَّ دَخَلَ عُثْمَانُ فَجَلَسْتَ وَسَوَّيْتَ ثِيَابَكَ فَقَالَ: «أَلَا أَسْتَحِي مِنْ رَجُلٍ تَسْتَحِي مِنْهُ الْمَلَائِكَةُ»
Aisyah bercerita: Rasulullah SAW pernh berbaring di rumah aku dalam keadaan terbuka peha atau betisnya. Kemudian, Abu Bakr meminta izin untuk masuk, baginda pun mengizinkannya. Baginda pun dalam keadaan seperti itu. Mereka pun berbual. Kemudian, 'Umar meminta izin untuk masuk, baginda pun mengizinkannya. Baginda pun dalam keadaan seperti itu. Kemudian, 'Utsman meminta izin. Lantas, Rasulullah SAW duduk dan membetulkan pakaiannya. -Berkata Muhammad, "Aku tidak kata itu berlaku pada hari sama"-. Ketika 'Utsman masuk, mereka pun mula berbual. Ketikamana mereka keluar, 'Aisyah berkata, "Abu Bakr masuk, tetapi engkau tidak mahu dan tidak berhasrat untuk membetulkannya. Kemudian 'Umar masuk, tetapi engkau tidak mahu dan tidak berhasrat untuk membetulkannya. Kemudian 'Utsman masuk, lantas engkau pun duduk dan membetulkan bajumu". Baginda berkata, "Adakah aku tidak malu terhadap lelaki yang malaikat malu terhadapnya?".

Penjelasan:

Hadis ini menyatakan Rasulullah tidak menutup pehanya melainkan kerana malu kepada Uthman. Jika tak kerana malu kepada Uthman, nescaya dibiarkan sepertimana yang berlaku antara baginda dengan Abu Bakar dan Umar. 

Abu Bakar – bapa mertua Nabi. Umar pun bapa mertua Nabi. Manakala Uthman ialah menantu Nabi. Beliau berkahwin dengan Ruqayyah dan Ummu Kulthum. Anak Nabi. Walaupun begitu, Nabi malu lebih kepada dia sebab malaikatpun malu kepadanya.

Jawapan:

Al-Hafiz Ibn Qattan yang bermazhab Maliki di dalam Ihkamun Nadhar mengatakan:

وهو صحيح، ولكنَّه لا حجة لهم فيه، لأن مراده منه كشف الفخذين، وهو مشكوك فيه، والحديث المذكور ذكره مسلم. والذي صحَّ من رواية أبي (*) موسى بغير شكل: كشفه ساقيه فقط، وذلك حين جلس في الحائط على بئر أريس، مدلّياً رجليه، كاشفاً عن ساقيه، حتى دخل ثلاثتهم. ذكره أيضًا مسلم (٢).

Hadis ini sahih tetapi ia bukanlah hujah buat mereka. Kerana maksud selakan peha itu diragui. Hadis itu disebutkan oleh Muslim. Yang sahih adalah riwayat Abi Musa: Baginda menyelak betisnya sahaja. Itu berlaku ketika baginda duduk di telaga Aris dengan kaki yang bersimpuh, dengan betis yang terselak. Kemudian ketiga-tiganya masuk. Disebutkan juga oleh Muslim. 

Jawapan Balas:

Riwayat tersebut tidaklah bertentangan, kerana jika seorang terselak pahanya, maka betisnya pun akan terselak; atau memang kedua-duanya terselak. Ini jika kita memilih jalan jamak dalam menyikapi keraguan perawi dalam membawakan lafadh hadits. 

Namun, dalam sebagian riwayat telah ditegaskan, bahawa yang terselak itu paha saja. Misalnya : Ibnu Hibbaan no. 6097 (shahih), Ibnul A’rabiy dalam Mu’jam-nya no. 1168 (shahih), Ath-Thahawiy dalam Musykiilul-Aatsaar no. 1695 (shahih), dan yang lainnya. Tidak ada keragu-raguan perawi dalam membawakan lafadh hadits, sehingga inilah yang menjadi hujjah.

Juga, Nabi SAW adalah orang yang paling pemalu, apalagi untuk berbuat yang diharamkan. Seandainya paha memang aurat, nescaya beliau SAW tidak membiarkannya terbuka, kecuali pada istrinya saja.

Hujah 3: Hadis Jabir bin Abdullah. 

عَمْرُو بْنُ دِينَارٍ، قَالَ: سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ، يُحَدِّثُ «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَنْقُلُ مَعَهُمُ الحِجَارَةَ لِلْكَعْبَةِ وَعَلَيْهِ إِزَارُهُ»، فَقَالَ لَهُ العَبَّاسُ عَمُّهُ: يَا ابْنَ أَخِي، لَوْ حَلَلْتَ إِزَارَكَ فَجَعَلْتَ عَلَى ‌مَنْكِبَيْكَ ‌دُونَ ‌الحِجَارَةِ، قَالَ: «فَحَلَّهُ فَجَعَلَهُ عَلَى مَنْكِبَيْهِ، فَسَقَطَ مَغْشِيًّا عَلَيْهِ، فَمَا رُئِيَ بَعْدَ ذَلِكَ عُرْيَانًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

Amru bin Dinar berkata: Aku pernah mendengar Jabir bin Abdullah berkata: Rasulullah bersama orang-orang Quraisy memindahkan batu Ka’bah sementara ketika itu beliau memakai kain.” Bapa saudaranya, Al ‘Abbas, lalu berkata kepadanya, “Wahai anak saudaraku, seandainya kainmu engkau letakkan pada bahamu tentu batu akan lebih ringan.” Maka baginda lepas dan dipakaikannya di bahunya, tiba-tiba baginda terjatuh dan pengsan. Setelah peristiwa itu tidak pernah Nabi terlihat telanjang lagi.” (Sahih al-Bukhari).

Penjelasan: 

Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah telah menyingkap kainnya sehingga menampakkan bahagian-bahagian seminima pehanya. 

Jawapan: 

Ini bukan tempoh masa pensyariatan. Nabi belum dilantik sebagai rasul. Jadi, belum ada apa-apa tanggungjawab. Maka hadis ini tidak boleh menjadi hujah. Ia mungkin boleh menjadi hujah jika peristiwa ini berlaku selepas baginda dilantik sebagai rasul. Tapi hakikatnya berbeza.

Hujah 4: Hadis Abu Dzar

عَنْ أَبِي الْعَالِيَةِ الْبَرَّاءِ، قَالَ: أَخَّرَ ابْنُ زِيَادٍ الصَّلَاةَ، فَجَاءَنِي عَبْدُ اللهِ بْنُ الصَّامِتِ، فَأَلْقَيْتُ لَهُ كُرْسِيًّا، فَجَلَسَ عَلَيْهِ، فَذَكَرْتُ لَهُ صَنِيعَ ابْنُ زِيَادٍ، فَعَضَّ عَلَى شَفَتِهِ، وَضَرَبَ فَخِذِي، وَقَالَ: إِنِّي سَأَلْتُ أَبَا ذَرٍّ كَمَا سَأَلْتَنِي، ‌فَضَرَبَ ‌فَخِذِي ‌كَمَا ‌ضَرَبْتُ فَخِذَكَ، وَقَالَ: إِنِّي سَأَلْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا سَأَلْتَنِي، ‌فَضَرَبَ ‌فَخِذِي ‌كَمَا ‌ضَرَبْتُ فَخِذَكَ، وَقَالَ: «صَلِّ الصَّلَاةَ لِوَقْتِهَا، فَإِنْ أَدْرَكَتْكَ الصَّلَاةُ مَعَهُمْ فَصَلِّ، وَلَا تَقُلْ إِنِّي قَدْ صَلَّيْتُ فَلَا أُصَلِّي»

Abu Aliyyah al-Barra’ berkata: Ibnu Ziyad pernah mengakhiri solat kemudian Abdullah bin al-Samit datang kepadaku. Lalu aku berikan dia kursi, lantas dia duduk di situ. Aku pun menceritakan apa yang telah dilakukan oleh Ibnu Ziyad. Abdullah lalu menggigit bibirnya dan menepuk pehaku. Dia berkata: Aku pernah bertanya Abu Dzar sepertimana engkau bertanyaku. Kemudian dia menepuk pehaku sepertimana aku menepuk pehamu. Kemudian dia berkata: Aku pernah bertanya Rasulullah sepertimana engkau tanyakan kepadaku, kemudian baginda menepuk pehaku sepertimana aku menepuk pehamu. Kemudian dia berkata: Solatlah pada waktunya. Sekiranya engkau dapat bersolat dengan mereka, solatlah. Janganlah engkau katakan: Aku telah bersolat, jadi aku tak mahu solat lagi.” (Sahih Muslim)

Penjelasan:

Kata Ibn Hazmin : 

فَلَوْ كَانَتْ الْفَخِذُ عَوْرَةً لَمَا مَسَّهَا رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - مِنْ أَبِي ذَرٍّ أَصْلًا بِيَدِهِ الْمُقَدَّسَةِ، وَلَوْ كَانَتْ الْفَخِذُ عِنْدَ أَبِي ذَرٍّ عَوْرَةً لَمَا ضَرَبَ عَلَيْهَا بِيَدِهِ: وَكَذَلِكَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الصَّامِتِ، وَأَبُو الْعَالِيَةِ. وَمَا يَسْتَحِلُّ مُسْلِمٌ أَنْ يَضْرِبَ بِيَدِهِ عَلَى ذَكَرِ إنْسَانٍ عَلَى الثِّيَابِ، وَلَا عَلَى حَلْقَةِ دُبُرِ الْإِنْسَانِ عَلَى الثِّيَابِ، وَلَا عَلَى بَدَنِ امْرَأَةٍ أَجْنَبِيَّةٍ عَلَى الثِّيَابِ أَلْبَتَّةَ 
Sekiranya peha adalah aurat, Rasulullah tidak akan menyentuh peha Abu Dzar dengan tangannya yang suci. Sekiranya di sisi Abu Dzar peha adalah aurat, nescaya dia tidak akan menepuk dengan tangannya. demikian juga Abdullah bin al-Samit dan Abu al-Aliyyah. Mustahil bagi seorang muslim untuk menepuk kemaluan manusia walaupun atas alas kain. Demikian juga pada pusaran dubur sekalipun atas kain. Bahkan atas badan wanita ajnabiyyah sekalipun berlapik dengan kain. (Al-Muhalla)

Saya tambah: Demikian juga hadis berikut: 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: قَدَّمَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أُغَيْلِمَةَ بَنِي عَبْدِ الْمُطَّلِبِ، عَلَى حُمُرَاتٍ لَنَا مِنْ جَمْعٍ - قَالَ سُفْيَانُ: بِلَيْلٍ - فَجَعَلَ يَلْطَحُ أَفْخَاذَنَا، وَيَقُولُ: " ‌أُبَيْنَى، ‌لَا ‌تَرْمُوا الْجَمْرَةَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ " 

Ibn Abbas mengatakan: Rasulullah SAW mendahulukan kami, anak-anak bani Abdul Muththalib daripada unta-unta kami pada malam Muzdalifah. Baginda menepuk paha-paha kami dan mengatakan: "Hai anak-anakku, janganlah kalian melempar jumrah hingga terbit matahari." 
Hadis Riwayat Ahmad. Syaikh Syuaib al-Arnaout mengatakan ia sahih.

Jawapan:

Ibn Qattan menjawab di dalam Ihkamun Nadhar, halaman 153: 

ليس في شيء من هذا اطلاع عليها، ولا نظر إليها، ولا بُعد في تفاوت أمر العورة، فيكون منها ما حكمه أغلظ، وما حكمه أرقّ، وإن تساوى الجميع في وجوب الستر، ووجوب غضِّ النظر عنه؛ فيكون على هذا أمر الفخذ أخف من أمر السوءتين، يجوز هذا القدر فيها أخذًا من هذين الحديثين، ووجوب الستر وتحريمُ النظر 

Tidak ada apa-apa yang mahu dilihat daripada hadis ini. Bahkan ia tidak memberikan maksud aurat yang lain. Di sana terdapat hukum yang berat dan ringan. Sekalipun semuanya diwajibkan untuk tutup. Bahkan wajib untuk merendahkan pandangan daripada melihatnya. Oleh itu, peha dalam hal ini lebih ringan berbanding qubul dan dubur. Harus dengan sekadar yang disebutkan dalam dua hadis ini. Wajib pula menutupinya dan haram pula melihatnya. 

Maksudnya, Nabi dan sahabatnya menepuk peha tu, tak ada masalah. Sebab bukan semua yang menjadi aurat, haram untuk disentuh. Buktinya, hadis inilah. Cuma ada bahagian aurat yang memang tak boleh disentuh langsung. Iaitu Qubul dan Dubur. Selain haram, ia juga menunjukkan gatei!

Hujah 5: Tiada hadis sahih tentang peha adalah Aurat.

Kata Ibn Hazmin: 
فَإِنْ ذَكَرُوا الْأَخْبَارَ الْوَاهِيَةَ فِي أَنَّ الْفَخِذَ عَوْرَةٌ؛ فَهِيَ كُلُّهَا سَاقِطَةٌ.
Sekiranya mereka menyebutkan lagi hadis-hadis yang lemah pada menyatakan aurat peha, kesemuanya itu gugur. 

Penjelasan: 

Mari kita buat semakan bagi kebanyakan hujah yang digunakan oleh kumpulan Muayyidin. 

1- Hadis Jarhad:

Imam al-Tirmizi dengan sanadnya di dalam Sunannya meriwayatkan:

حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ أَبِي النَّضْرِ، مَوْلَى عُمَرَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ، عَنْ زُرْعَةَ بْنِ مُسْلِمِ بْنِ جَرْهَدٍ الأَسْلَمِيِّ، عَنْ جَدِّهِ جَرْهَدٍ، قَالَ: مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِجَرْهَدٍ فِي المَسْجِدِ وَقَدْ انْكَشَفَ فَخِذُهُ فَقَالَ: «إِنَّ الفَخِذَ عَوْرَةٌ»:

Telah diceritakan kepada kami oleh Ibn Abi Umar, katanya: diceritakan kepada kami oleh Sufyan, daripada Abi al-Nadhar yang merupakan pembantu Umar bin Ubaidillah, daripada Zur`ah bin Muslim bin Jarhad al-Aslamy daripada datuknya Jarhad. Beliau berkata: Nabi SAW melintasi jarhad di dalam masjid, ketika itu terselak peha Jarhad. Nabi bersabda: Sesungguhnya peha adalah aurat. 

Imam al-Bukhari mendhaifkan hadis ini di dalam kitabnya Tarikh kerana Mudhtarib pada sanad. Ibn Qattan pula mengatakan bahawa hadis Jarhad mempunyai 2 kecacatan: Satu kerana berlaku Mudhtarib – ada yang mengatakan Zur`ah bin Muslim (sepertimana riwayat ini), ada yang mengatakan Zur`ah bin Abdul Rahman, Zur`ah bin Abdullah…. (banyak lagi yang disebutkan). Kedua: Zur`ah dan bapanya tidak dikenali hal mereka, dan kedua-duanya tidak popular dalam periwayatan. 

Jadi hadis ini Dhaif dan tidak menjadi hujah.

Jawapan: 

Kata Imam al-Tirmizi: Hadis ini hasan. Apa yang aku lihat, sanadnya bersambung. 

Sekiranya kita berpada dengan kekeliruan pada Zur`ah bin Muslim – kita katakan bahawa para ulama hadis mengatakan dia adalah Siqah. Ahmad bin Syu`aib al-Nasaie dan Ibn Hajar al-`Asqalani menyebutkan bahawa dia Siqah.

Bahkan Al-Hakim rahimahullah mengatakan hadis ini Sahih. Imam al-Zahabi pula tidak mengomentar apa-apa pada penilaian al-Hakim. 

Oleh itu, hadis ini sangat kukuh untuk dijadikan dalil dalam bab ini. Bahkan, ia adalah hujah yang paling kukuh untuk kumpulan yang kata peha adalah aurat. 

2- Hadis Ma`mar

حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ، حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ مَيْسَرَةَ، عَنِ الْعَلَاءِ، عَنْ أَبِي كَثِييرٍ مَوْلَى مُحَمَّدِ بْنِ جَحْشٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جَحْشٍ، خَتَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى  مَعْمَرٍ بِفِنَاءِ الْمَسْجِدِ مُحْتَبِيًا كَاشِفًا عَنْ طَرَفِ فَخِذِهِ، فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «خَمِّرْ فَخِذَكَ يَا مَعْمَرُ؛ فَإِنَّ الْفَخِذَ عَوْرَةٌ»

Telah menceritakan kepada kami Husyaim, telah menceritakan kepada kami Hafs bin Maisarah, dari al-‘Ala dari Abi Katsir maula Muhammad bin Jahsy, dari Muhammad bin Jahsy; iparnya Nabi saw, bahawa Nabi saw pernah melewati Ma’mar yang sedang berada di halaman depan masjid; sambil duduk ia memeluk lututnya sehingga sebagian pahanya terlihat. Lalu Nabi saw bersabda, “Tutupilan pahamu wahai Ma’mar, kerana paha termasuk aurat”.

Hadis di atas diriwayatkan dalam Musnad Ahmad no. 165-166, Mustadrak lil-Hakim no. 738, 

Dari analisa sanad pada seluruh jalur periwayatan di atas, semuanya berpangkal pada seorang rawi yang bernama al-‘Ala, jadi Madarnya adalah Al-`Ala’. Yang mana para ulama ahli hadis banyak memberikan penilaian beragam terhadapnya. 

At-Tirmidzi menilainya sebagai rawi yang tsiqah. Ibnu ‘Adi juga, tetapi dia hal itu disebabkan cacatan yang ia terima berasal dari ayahnya. Akan tetapi, khusus pada jalur periwayatan ini, al-‘Ala menerima periwayatannya dari Abi Katsir, bukan dari ayahnya. Dari sini terdapat kejanggalan dalam periwayatannya ini. Bahkan Syu’bah dan Imam Malik yang biasa meriwayatkan dari ayahnya sebagai bukti akan katsiqahan dalam catatannya, tidak ikut meriwayatkannya. Dari sinilah kemudian terdapat beberapa kritik terhadap al-‘Ala.

Abu Hatim dalam Jarh wa Ta’dilnya memberikan kritikannya:

عبد الرحمن قال : قيل لأبي : ما قولك في العلاء بن عبد الرحمن ؟ قال : روى عنه الثقات وأنا أأنكر من حديثه أشياء
Abdurrahman berkata, “Ayahku ditanya, “Bagaimana pendapatmu tentang al-‘Ála bin Abdurrahman?” Abu Hatim menjawab, “Telah meriwayatkan darinya rawi tsiqah, namun aku memandang munkar pada sebagian hadisnya.”

Ibnu Hajar menilanya sebagai rawi yang shaduq (jujur), namun terkadang suka keliru. Bahkan lebih dari itu, Ibnu Ma’in tidak menjadikan hadisnya sebagai shahih. Di sini menunjukan bahwa kelemahan al-‘Ala terjadi saat ia meriwayatkannya tanpa melalui ayahnya.

Jawapan: 

Berpada dengan ulama yang mengatakan Al-`Ala’ adalah siqah, maka hadis ini menjadi sabit. Pun begitu, jika kita bersetuju mengatakan beliau ialah Dhoif, hadis ini hanya akan berada pada Dhoif ringan. Ia boleh menjadi penguat kepada hadis Jarhad.

3- Hadis Ibn Abbas

حَدَّثَنَا وَاصِلُ بْنُ عَبْدِ الأَعْلَى الكُوفِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ آدَمَ،، عَنْ إِسْرَائِيلَ، عَنْ أَبِي يَحْيَى، عَنْ مُجَاهِدٍ، عَنْ اابْنِ عَبَّاسٍ، عَننِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: الْفَخِذُ عَوْرَةٌ

Telah menceritakan kepada kami Washil bin Abdul A’la al-Kufi ia berkata, “Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Adam, dari Isra’il, dari Abu Yahya, dari Mujahid, dari Ibnu Abbas, dari Nabi saw ia bersabda, “Paha laki-laki itu adalah aurat.”

Hadis ini  diriwayatkan dalam Musnad Ahmad no. 2516, dan Sunan Tirmidzi no. 3026.

Hadis ini dinilai sangat dha’if dan munkar. Pangkal kedha’ifan dan kemunkaran hadis ini ada pada rawi yang bernama Abu Yahya. Rawi yang disebut dengan nama Dzandzan, Dinar, Abdurrahman, dan sebutan lainnya ini tidak terlepas dari kritikan para ahli hadis.

Yahya bin Ma’in dan an-Nasa’i menilai hadinya dha’if; tidak kuat. Ahmad bin Hanbal bahkan menilai hadisnya sangat munkar. Ibnu Hiban berpendapat, “Dia (Abu Yahya) buruk sekali hafalannya dan banyak sekali kekeliruannya, sehingga dinilai sebagi rawi yang tidak ada ta’dil dalam periwayatannya. 

Dari keterangan ini, maka hadis ini dinilai dha’if nakarah. Dan disebabkan kegharibannya pula hadis ini tidak boleh menguatkan atau dikuatkan.

Jawapan:

Kami bersetuju dengan tahap kedhaifannya. Memadai hadis Jahdan sebelum ini sebagai hujah.

4- Hadis Ali

حدَّثنا عليُّ بنُ سهْلٍ الرمليُّ، حدَّثنا حجَّاجٌ، عن ابنِ جُريج، قال: أُخبرت عن حَبيبِ بنِ أبي ثابتٍ، عن عاصم بنِ ضَمْرةَ عن عليٍّ، قال: قالَ رسولُ الله – صلَّى الله عليه وسلم -: “لا تَكْشِفْ فَخِذَكَ، ولا تنظر إلى فَخِذِ حيٍّ ولا مَيِّتٍ“

Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin Sahl ar-Ramli, telah menceritakan kepada kami Hajjaj, dari Ibnu Juraij ia berkata, “Telah dikabarkan kepadaku dari Habib bin Abi Tsabit, dari ‘Ashim bin Dhamrah dari ‘Ali ia berkata, “Rasulullah saw bersabda, “Janganlah kamu menyingkapkan pahamu dan janganlah kamu memandang paha orang yang hidup dan yang mati.”

Hadis di atas diriwayatkan dalam Sunan Abu Dawud no. 4015, Sunan al-Baihaqi no. 3357, dan Sunan Daruquthni no. 874 dengan sedikit lafaz yang berbeza.

Hadis ini dinilai sangat dha’if. Kedha’ifan hadis ini disebabkan dua orang rawi yang bernama Juraij dan Habib. Bagi para peneliti hadis, rawi Juraij tidak asing bagi mereka. Juraij adalah seorang rawi yang memiliki maqam tsiqah. Akan tetapi, ia selalu melakukan tadlis terhadap suatu hadis. Sampai Ibnu Hajar memberikan peringkat ketiga dari ketadlisannya. Bahkan ad-Daruquthni berkata, “Jauhilah tadlisnya Ibn Juraij, karena ia adalah seburuk-buruknya pentadlis; ia tidak bertadlis kecuali pada orang yang ia dengar dari rawi yang dijarh seperti Ibrahim bin Abi Yahya, Musa bin Ubaid dan selain keduanya. (Tahdzibut-Tahdzib)

Demikian halnya dengan rawi yang bernama Habib. Terjadi keterputusan sanad antara Habib dan rawi yang bernama ‘Ashim. Bahkan menurut Ibnul Mulaqin, keterputusannya itu terjadi pada dua tempat; antara Habib dengan ‘Ashim; dan antara Habib dengan Juraij. Sehingga dapat disimpulkan bahwa hadis ini pun dha’if sekali dan tidak boleh  dijadikan hujjah. 

Jawapan:

Hadis ini sangat lemah, ia tidak menjadi penguat. Cukup dengan hadis Jarhad.

Kesimpulan:

Alhamdulillah, setelah membentangkan pendapat orang yang mengatakan peha bukan aurat, serta menyatakan hujah pihak lawan, saya cenderung kepada pendapat Imam al-Bukhari iaitu:

وَحَدِيثُ أَنَسٍ أَسْنَدُ، وَحَدِيثُ جَرْهَدٍ أَحْوَطُ حَتَّى يُخْرَجَ مِنِ اخْتِلاَفِهِمْ
Hadis Anas (yang menjadi dalil paha bukan aurat) adalah lebih kuat, dan hadis Jarhad (yang menunjukkan paha aurat) adalah lebih berhati-hati sehingga keluar daripada perselisihan para ulama.

Daripada sudut sanad, hadis-hadis yang mengatakan bahawa peha bukan aurat lebih kuat. Manakala hadis-hadis yang mengatakan ia bukan aurat tidak terlalu kuat. Yang paling kuatpun adalah hadis Jarhad. Itupun masih terdedah kepada perbincangan ulama. Jika mereka setuju hadis itu okey, nescaya mereka akan boleh terima. 

Saya bersetuju bahawa ini khilaf muktabar. Setiap orang boleh memilih pandangan masing-masing berdasarkan hujah yang telah diberikan. Mana satupun pendapat yang terpilih, Ia adalah pendapat para ulama. 

Pun begitu, janganlah sengaja membuka peha. Mentang-mentang dia ambil pendapat tak wajib. Dia pi masjid pakai seluaq pendek. Tetapi, tutuplah kerana itu lebih bersikap Khuruj minal Khilaf. Keluar daripada perselisihan dengan mengambil jalan yang tidak diperselisihi. 

Kalau awak tutup peha, tak ada sapapun nak kata-apa-apa. Lagipun, anda tak rugi apapun dengan menutup peha.