Hari ini saya telah mengajukan satu soalan secara umum di Facebook saya dan juga group Halaqah Maya. Sambutan sangat menggalakkan, ramai yang membantu.
alhamdulillah, saya sudah mendapat jawapan yang diingini, dan beberapa tambahan ilmu.
Kredit To: Akhi Muhammad `Afifi Abd Rahman, dan Ukhti Zanifaida Zamri.
Fakta
Zakat emas (yang disimpan) wajib dikeluarkan setelah sempurna 2 syarat:
1) Cukup timbangan nasab wajib
2) Cukup tempoh haaul : 1 Tahun Hijrah.
Umum: Emas Dunia
Dipasaran dunia, Emas hanya mempunyai 1 harga sahaja, iaitu harga emas tulin. Namun dikedai-kedai emas, dijual emas yang telah bercampur.
Percampuran tersebut adalah disebabkan emas bersifat lembut, oleh itu percampuran mampu menukar sifat asalnya.
Jenis Emas | Ketulinan | Karat |
Emas 999 | 99.9% tulin | (24K) |
Emas 990 | 99.0% tulin | (24K) |
Emas 916 | 91.6% tulin | (22K) |
Emas 875 | 875 = 87.5% tulin | (21K) |
Emas 800 | 80.0% tulin | (19.2K) |
Emas 750 | 75.0% tulin | (18K) |
Emas 585 | 58.5% tulin | (14K) |
Emas 417 | 41.7% tulin | (10K) |
Emas 375 | 37.5% tulin | (9K) |
Zakat Emas
Sekiranya emas tulin (yang disimpan) melebihi 85gram, maka diwajibkan zakat sebanyak 2.5% apabila genap 1 tahun hijrah.
Jika kita ke pejabat zakat, kita perlu jelaskan jenis emas yang kita miliki kerana setiap jenis mempunyai peratusan emas berbeza. Mestilah dipastikan peratus ketulinan sampai kepada nisab yang ditentukan (85g emas tulin).
Nisab untuk Zakat Emas (Yang Disimpan)
Bagi EMAS 999 & 990 (24K) , berat 85g sudah cukup untuk nisab zakat , rujuk Syeikh Syed Sabiq dalam kitab Feqh Sunnah, Jilid 3, m/s 22.
Namun, bagi jenis-jenis lain, ianya dikira seperti berikut:
1) ( Peratus Ketulinan x 85g ) = berat kandungan emas.
2) 85g- berat kandungan emas = Kurang.
3) 85g + Kurang = Nisab.
Jenis Emas | Nisab |
Emas 999 | 92.14g |
Emas 990 | 95.63g |
Emas 916 | 102g |
Emas 875 | 106.25g |
Emas 800 | 120.28g |
Emas 750 | 134.56g |
Emas 585 | 138.13g |
Emas 417 | 92.14g |
Emas 375 | 95.63g |
Zakat Perniagaan
Zakat perniagaan pula perlu dikeluarkan apabila barang perniagaan melebihi 85g Emas Tulin dan melewati tempoh masa 1 Tahun Hijrah.
Contoh Kiraan sekarang:
1 g dipasaran sekarang adalah : RM 162. (29 April 2012)
85g = RM 13,770.
Sekiranya anda mempunyai perniagaan yang melebihi nilai diatas, dan lebih pula setahun hijrah, maka Wajib zakat.
-Harga emas tulin semasa boleh didapati di link berikut : Gold Price Malaysia
Wallahu `alam
2 Comments
85g @ 800g ya?
ReplyDeletemushkil plak..
kalo x silap saya, dengar kat IKIM mcm 800g..
@ sy yg silap dgr..
p/s : Sila btolkan jika sy silap...syukran
800 g tu untu emas yang dipakai :) ini emas yang dsimpan :)
ReplyDeletePost a Comment