Part 1: Bab Mandi Wajib - Muqaddimah & Janabah (Klik)
Part 2: Bab Mandi Wajib - Haid (Klik)
Part 3: Bab Mandi Wajib - Wiladah (Klik)

Kematian

Apabila seseorang muslim meninggal dunia, diwajibkan bagi umat Islam memandikannya. Ia adalah Wajib Kifayah. Apabila sebahagian daripada keluarga rapatnya atau orangmuslim yang telah menjalankan tanggungjawab berkenaan, maka gugurlah tuntutan berkenaan terhadap orang lain. Apabila seorangpun tidak menjalankannya maka semua mereka telah berdosa. Diwajibkan bagi orang yang memandikan si mati untuk berniat memandikannya.

Mandi seperti ini hanya berlaku kepada kematian yang bukan mati syahid. Jika mati syahid, maka dia tidak dimandikan. Penjelasan lanjut berkaitan hukum kematian akan dijelaskan di dalam perbahasan jenazah.

Dalil kewajipan mandi berkenaan disandar kepada riwayat Ibnu Abbas R.anhuma: katanya, Rasulullah SAW berkata tentang seseorang yang berihram mati kerana jatuh unta.

اغْسِلُوهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ

Mandikanlah dia dengan air yang dicampur daun bidara.

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 1208, dan Muslim: 1206)